cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Kategori Anugerah

ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK

Anugerah ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada semua kontraktor tempatan yang telah berjaya mencapai kejayaan secara menyeluruh di dalam keupayaan syarikat dan pelaksanaan projek. Anugerah ini terbahagi kepada kategori seperti berikut:

        1. Kontraktor Terbaik Gred G1

        2. Kontraktor Terbaik Gred G2

        3. Kontraktor Terbaik Gred G3

        4. Kontraktor Terbaik Gred G4

        5. Kontraktor Terbaik Gred G5

        6. Kontraktor Terbaik Gred G6

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Prestasi syarikat
  • Keupayaan teknikal
  • Amalan terbaik dalam pelaksanaan projek

 

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti berikut:

 

  1. Kategori ini terbuka kepada kontraktor tempatan bagi Gred G1 hingga G6 yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB Malaysia
  2. Kontraktor yang menyertai kategori ini hendaklah mempunyai satu atau lebih projek yang siap sepenuhnya antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2017 yang telah memperolehi Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)/Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Bagi kontraktor kecil yang tidak mempunyai CPC/CCC, sebarang bukti siap kerja dari klien adalah diterima
  3. Projek-projek yang telah dinilai untuk Penerima Anugerah atau Penerima Pengiktirafan Khas MCIEA tahun-tahun sebelum ini adalah tidak layak disertakan untuk penyertaan MCIEA 2018
ANUGERAH PROJEK

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada klien, kontraktor dan perunding utama (pasukan kerja) yang telah mempamerkan kecemerlangan secara menyeluruh di dalam pelaksanaan projek. Kategori ini terbahagi kepada dua iaitu infrastruktur dan bangunan bagi projek-projek kecil, sederhana dan besar seperti berikut:

 

A. Projek Bangunan

Kecil: Nilai projek kurang daripada RM20 juta

Sederhana: Nilai projek RM20 juta hingga RM100 juta

Besar: Nilai projek melebihi RM100 juta

 

B. Projek Infrastruktur

KecilNilai projek kurang daripada RM20 juta

SederhanaNilai projek RM20 juta hingga RM100 juta

BesarNilai projek melebihi RM100 juta

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria - kriteria seperti berikut:

 

  • Konsep, Rekabentuk dan Perancangan:

Pengaplikasian teknologi baru, manfaat kepada masyarakat dan negara, keunikan projek, pempiawaian / sistem modular dalam rekabentuk atau penggunaan sistem binaan berindustri (IBS), penggunaan teknologi hijau dalam rekabentuk, unsur estetika dan harmoni, rekabentuk berinovasi, penyediaan perkhidmatan utiliti / kemudahan, pertimbangan ke atas penyenggaraan & pengurusan fasiliti & aset.

  • Pembinaan:

Amalan keselamatan dan kesihatan (skor SHASSIC), mutu kerja dan kualiti pembinaan (skor QLASSIC), ketepatan masa siap kerja, sistem pengurusan kualiti, penggunaan sumber tempatan, inovasi / mekanisasi dalam pembinaan dan penggunaan plan pengurusan alam sekitar.

  • Pengiktirafan:

Testimoni dari klien / pihak yang berkepentingan, lain–lain anugerah (Peringkat Kebangsaan)

 

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria - kriteria berikut:

 

  1. Kategori ini adalah terbuka kepada klien, kontraktor yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB Malaysia dan perunding. Penyertaan boleh dibuat samada secara individu atau bersama
  2. Terbuka kepada projek - projek di Malaysia yang siap sepenuhnya antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2017 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
  3. Sub kontraktor layak menyertai MCIEA 2018 dengan mendapat kebenaran secara bertulis daripada kontraktor utama
  4. Bagi projek usahasama di antara kontraktor Malaysia dan kontraktor antarabangsa, pegangan saham bagi kontraktor Malaysia mestilah melebihi 70%
  5. Projek-projek yang telah dinobatkan sebagai Projek Terbaik atau Penerima Pengiktirafan Khas MCIEA bagi tahun-tahun sebelum ini adalah tidak layak menyertai MCIEA 2018

ANUGERAH QLASSIC

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf para klien dan kontraktor yang telah mencapai skor QLASSIC tertinggi bagi projek residensi dan bukan residensi. Penilaian bagi kategori ini adalah berdasarkan hasil rekod program QLASSIC CIDB. 

ANUGERAH KESELAMATAN & KESIHATAN

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf kontraktor yang telah mencapai skor SHASSIC tertinggi bagi projek dengan pematuhan menyeluruh ke atas keperluan keselamatan dan kesihatan di dalam industri pembinaan. Penilaian bagi kategori ini adalah berdasarkan hasil rekod program SHASSIC CIDB. 

 

ANUGERAH BINAAN HIJAU

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada projek bangunan yang telah mengaplikasikan teknologi hijau dan konsep / amalan / teknik mampan di dalam pelaksanaan projek pembinaan dengan menerima pengiktirafan daripada klien, kontraktor dan perunding utama (pasukan kerja).

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Amalan proses pembinaan yang merangkumi peringkat rekabentuk hijau, pembinaan, operasi & penyelenggaraan
  • Impak kelestarian kepada alam sekitar
  • Pengaplikasian inovasi pembinaan hijau
  • Penerimaan lain-lain anugerah dan / atau pensijilan berkaitan jika ada (Contoh: EMS: ISO 14001)

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria - kriteria seperti berikut:

 

  1. Kategori ini adalah terbuka kepada klien, kontraktor yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB Malaysia dan perunding. Penyertaan boleh dibuat samada secara individu atau bersama
  2. Terbuka kepada projek yang siap sepenuhnya di antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2017 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta telah dinilai oleh sistem penarafan bangunan hijau (Contoh: MyCREST, GBI, GreenRE, dll).
  3. Sub kontraktor hanya layak menyertai MCIEA 2018 dengan mendapat kebenaran secara bertulis daripada kontraktor utama
  4. Bagi projek bersama di antara kontraktor Malaysia dan kontraktor antarabangsa, pegangan saham bagi kontraktor Malaysia mestilah melebihi 70%
  5. Projek - projek yang telah dinobatkan sebagai Projek Terbaik atau Penerima Pengiktirafan Khas MCIEA bagi tahun-tahun sebelum ini adalah tidak layak menyertai MCIEA 2018
ANUGERAH IBS

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf projek yang telah menerima pakai dan menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) secara berkesan serta penghargaan kepada klien, kontraktor dan perunding utama (pasukan kerja).

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Kualiti Rekabentuk keseluruhan
  • Kualiti mutu kerja projek yang telah siap
  • Skor IBS
  • Pengurangan sisa pembinaan sepanjang keseluruhan proses pembinaan
  • Kesenangan kaedah pemasangan dan penyambungan
  • Penyesuaian kepada konsep sistem terbuka (open system concept)

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria - kriteria seperti berikut:

 

  1. Kategori ini adalah terbuka kepada klien, kontraktor yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB Malaysia dan perunding. Penyertaan boleh dibuat samada secara individu atau bersama
  2. Terbuka kepada projek-projek di Malaysia yang siap sepenuhnya antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2017 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
  3. Sub kontraktor layak menyertai MCIEA 2018 dengan mendapat kebenaran secara bertulis daripada kontraktor utama
  4. Projek-projek yang telah dinobatkan untuk Anugerah IBS atau Penerima Pengiktirafan Khas MCIEA bagi tahun-tahun sebelum ini adalah tidak layak menyertai MCIEA 2018
ANUGERAH INOVASI

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf individu/pasukan Malaysia yang telah menghasilkan idea / konsep / produk / proses / teknologi / teknik tempatan yang dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti pelaksanaan projek dan/atau industri pembinaan.

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Inovasi: Keaslian, kreativiti, kajian dan pembangunan serta penambahbaikan dalam industri pembinaan
  • Manfaat Ekonomi: Penambah-baikan dari segi kecekapan, produktiviti dan kualiti pembinaan, penerimaan industri, pengurangan kos penyelenggaraan yang memberi manfaat ekonomi secara keseluruhan
  • Kemampanan: Meningkatkan kemampanan industri, impak sosial dan manfaat alam sekitar
  • Penerimaan lain-lain anugerah dan/atau pensijilan berkaitan jika ada

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti berikut:

 

  1. Kategori terbuka kepada individu atau pasukan tempatan yang berkaitan dengan industri pembinaan
  2. Terbuka kepada idea/konsep/produk/proses/teknik/teknologi yang telah diuji dan diaplikasikan
  3. Idea/konsep/produk/proses/teknik/teknologi yang telah dinobatkan sebagai Penerima Anugerah atau Penerima Pengiktirafan Khas MCIEA bagi tahun-tahun sebelum ini adalah tidak layak menyertai MCIEA 2018
ANUGERAH PENCAPAIAN ANTARABANGSA

Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf kontraktor Malaysia yang telah berjaya mencapai pengiktirafan yang menyerlah dan berwibawa dalam usahaniaga pembinaan di luar negara.

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Tahap penglibatan di peringkat pasaran antarabangsa meliputi bilangan projek, nilai dan negara
  • Pengamalan sistem pengurusan kualiti secara menyeluruh
  • Penglibatan dalam program promosi antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia atau luar negara
  • Keupayaan mengatasi pelbagai cabaran di arena antarabangsa seperti halangan budaya, perbezaan gaya pengurusan dan amalan-amalan operasi berkaitan pembinaan
  • Kemampuan menampilkan imej yang cemerlang untuk Malaysia (track record), menepati tempoh masa pelaksanaan projek siap, persepsi negara luar, jenis penglibaran dan nilai projek
  • Sumbangan secara menyeluruh kepada ekonomi Malaysia (menggunakan sumber Malaysia seperti subkontraktor, produk, pembekal dan konsultan)

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti berikut:

 

  1. Kategori ini terbuka kepada kontraktor dari Malaysia yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB Malaysia
  2. Terbuka kepada kontraktor yang mempunyai projek antarabangsa siap sepenuhnya pada 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2017 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Kerja yang berkaitan
  3. Peratusan ekuiti bagi kontraktor Malaysia mestilah melebihi 30%
  4. Projek-projek yang telah dinilai untuk Penerima Anugerah atau Penerima Pengiktirafan Khas MCIEA tahun-tahun sebelum ini adalah tidak layak disertakan untuk penyertaan MCIEA 2018
ANUGERAH JURUBINA TERBAIK

Anugerah ini diberikan kepada kontraktor Gred G7 yang telah menampilkan kecemerlangan secara keseluruhan di dalam prestasi syarikat dan pelaksanaan projek.

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Prestasi syarikat
  • Keupayaan teknikal
  • Amalan terbaik dalam pelaksanaan projek

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti berikut:

 

  1. Kategori ini terbuka kepada kontraktor tempatan Gred G7 yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB Malaysia
  2. Semua peserta perlu melalui penilaian di bawah Sistem Penarafan SCORE dari CIDB Malaysia. Sila sertakan salinan Sijil SCORE yang sah daripada CIDB Malaysia
  3. Kontraktor yang menyertai kategori ini hendaklah mempunyai satu atau lebih projek yang siap sepenuhnya antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2017 yang telah memperolehi Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)/Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
  4. Projek-projek yang telah dinilai untuk Penerima Anugerah atau Penerima Pengiktirafan Khas MCIEA bagi tahun-tahun sebelum ini adalah tidak layak menyertai MCIEA 2018
ANUGERAH INDIVIDU

 Anugerah Construction Leading Lady 

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu wanita yang mempunyai ciri-ciri terbaik seorang penggiat industri yang unggul dan telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri pembinaan Malaysia.

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Sumbangan kepada aspirasi dan pembangunan Negara
  • Sumbangan kepada pembangunan dan peningkatan industri pembinaan
  • Sumbangan kepada kreativiti, inovasi dan / atau dayacipta
  • Sumbangan kepada kebajikan dan perkhidmatan sukarelawan
  • Telah menjadi model contoh dalam industri pembinaan

 

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti berikut:

 

  1. Individu yang merupakan warganegara Malaysia
  2. Menyumbang secara aktif dan berterusan kepada industri pembinaan semenjak 25 tahun yang lepas
  3. Berkhidmat dalam Jawatankuasa berkaitan Industri Pembinaan Peringkat Nasional yang terlibat dalam Penggubalan Dasar. (Contoh: Ahli Lembaga CIDB, Jawatankuasa CIDB, Jawatankuasa CITP, Jawatankuasa-jawatankuasa di Agensi Pusat)

Anugerah CEO 

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang berjaya memacu, mengurus, mengarah dan membentuk syarikat yang mereka terajui ke tahap yang lebih tinggi dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri pembinaan negara.

 

Kriteria Penghakiman

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Prestasi kewangan dan bisnes syarikat
  • Pengaplikasian amalan-amalan inovatif dalam syarikat
  • Sumbangan syarikat kepada industri pembinaan Negara
  • Sumbangan syarikat kepada pembangunan lestari
  • Sumbangan syarikat kepada projek-projek sosial dan kemasyarakatan
  • Komitmen terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) samada dalam syarikat atau industri pembinaan
  • Penglibatan secara individu dalam badan NGO pembinaan
  • Ciri keperibadian dan etika

Kriteria Kelayakan

Kelayakan penyertaan bagi kategori ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti berikut:

 

  1. Individu yang merupakan warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan bagi syarikat - syarikat berkaitan pembinaan
  3. Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan di syarikat yang sama sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 30 Mac 2018

 Anugerah Tokoh Terkemuka

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai ciri-ciri terbaik seorang penggiat industri yang unggul dan telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri pembinaan Malaysia. Pemilihan penerima bagi anugerah ini adalah berdasarkan pencalonan oleh panel penilai MCIEA.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04