cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

mceia

 

PENGENALAN

Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah bertujuan untuk menjadi sebuah wadah pengiktirafan bertaraf perdana. Ia juga sebagai usaha mengiktiraf pencapaian penggiat-penggiat industri dan memberi penghargaan terhadap kecemerlangan menyeluruh yang ditunjukkan.


OBJEKTIF

  • Untuk mengiktiraf individu atau / dan organisasi yang telah menampilkan kecemerlangan, daya kreativiti dan kesungguhan dalam industri pembinaan.

  • Menyediakan landasan bagi persaingan yang sihat di antara penggiat-penggiat industri di dalam mencapai kecemerlangan melalui penampilan amalan-amalan yang terbaik di dalam pelaksanaan projek.

  • Memperkasakan penggiat-penggiat industri pembinaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

CIDB mempelawa penyertaan daripada industri untuk merebut anugerah bagi kategori-kategori MCIEA2017 seperti berikut :

  1. ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK
  2. ANUGERAH PROJEK TERBAIK
  3. ANUGERAH PENCAPAIAN ANTARABANGSA
  4. ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN
  5. ANUGERAH BINAAN HIJAU
  6. ANUGERAH IBS
  7. ANUGEAH INOVASI
  8. ANUGERAH JURUBINA TERBAIK
  9. ANUGERAH INDIVIDU

MUAT TURUN BOOKLET LENGKAP MCIEA 2017

ANUGERAH KONTRAKTOR TERBAIK

Anugerah ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada semua kontraktor tempatan yang telah berjaya mencapai kejayaan secara menyeluruh di dalam keupayaan syarikat dan pelaksanaan projek. Anugerah ini terbahagi kepada kategori seperti berikut:

  1. Kontraktor Terbaik Gred G1
  2. Kontraktor Terbaik Gred G2
  3. Kontraktor Terbaik Gred G3
  4. Kontraktor Terbaik Gred G4
  5. Kontraktor Terbaik Gred G5
  6. Kontraktor Terbaik Gred G6

KRITERIA PENGHAKIMAN

Kriteria penghakiman terdiri daripada :

  • Prestasi Perniagaan
  • Keupayaan Teknikal & Pengurusan Kewangan
  • Menerima Pakai Amalan Terbaik dalam Pelaksanaan Projek

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Kategori ini terbuka kepada kontraktor tempatan bagi Gred G1 hingga G6 yang berdaftar dengan CIDB Malaysia
  2. Kontraktor yang menyertai kategori ini hendaklah mempunyai satu atau lebih projek yang siap sepenuhnya antara 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 yang telah memperolehi Sijil Perakuan Siap Kerja. Bagi kontraktor kecil yang tidak mempunyai satu atau lebih Sijil Perakuan Siap Kerja, sebarang bukti tawaran kerja seperti surat lantikan, inden, atau bukti bayaran dari klien adalah diterima
  3. Kontraktor yang mempunyai Penarafan SCORE dari CIDB Malaysia merupakan satu kelebihan. Sila sertakan salinan Sijil SCORE yang sah daripada CIDB
  4. Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  5. Penerima Anugerah dan/atau Penerima Pengiktirafan Khas yang telah dinobatkan sebelum ini tidak dibenarkan untuk menyertai MCIEA 2017 bagi projek yang sama
  6. Pihak CIDB atau penggiat industri pembinaan boleh mengemukakan pencalonan bagi kategori ini

ANUGERAH PROJEK

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada klien, perunding dan kontraktor (pasukan kerja) yang telah mempamerkan kecemerlangan secara menyeluruh di dalam pelaksanaan projek. Anugerah ini terbahagi kepada 2 bidang pembangunan iaitu infrastruktur dan bangunan untuk projek-projek kecil, sederhana dan besar seperti berikut:-

A. Projek Infrastruktur

Kecil                        : Nilai projek kurang daripada RM20juta

Sederhana             : Nilai projek RM20juta hingga RM100juta

Besar                      : Nilai projek melebihi RM100juta

B. Projek Bangunan

Kecil                        : Nilai projek kurang daripada RM20juta

Sederhana             : Nilai projek RM20juta hingga RM100juta

Besar                      : Nilai projek melebihi RM100juta

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada, tetapi tidak terhad kepada kriteria berikut:

  • Konsep, Rekabentuk dan Perancangan:

    Kesesuaian kegunaan bangunan, pengaplikasian teknologi baru, manfaat kepada masyarakat dan negara, keunikan projek, pempiawaian/sistem modular dalam rekabentuk atau penggunaan sistem binaan berindustri, penggunaan teknologi hijau dalam rekabentuk, unsur estetika dan harmoni, rekabentuk berinovasi, penyediaan perkhidmatan utiliti/kemudahan, pertimbangan ke atas penyenggaraan dan pengurusan fasiliti & aset.

  • Pembinaan:

    Amalan Keselamatan dan kesihatan, mutu kerja dan kualiti pembinaan, ketepatan masa siap kerja, ekonomi dan keberkesanan kos projek, sistem pengurusan kualiti, pengurusan projek, penggunaan bahan binaan tempatan, inovasi/mekanisasi dalam pembinaan, penyelarasan projek/ kerja berpasukan, dan penggunaan pekerja tempatan.

  • Pengiktirafan:

    Testimoni dari klien/pihak yang berkepentingan, lain–lain anugerah (Peringkat Kebangsaan)

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Klien, perunding atau kontraktor boleh menyertai Anugerah ini secara individu atau bersama
  2. Terbuka kepada projek-projek di Malaysia yang siap sepenuhnya antara 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Kerja
  3. Sub kontraktor layak menyertai MCIEA 2017 dengan mendapat kebenaran secara bertulis daripada kontraktor utama
  4. Bagi sub kontraktor yang berhasrat untuk menyertai MCIEA 2017, nilai kontrak yang diterima perlulah minimum 25% daripada nilai kontrak utama
  5. Bagi projek bersama di antara kontraktor Malaysia dan kontraktor antarabangsa, pegangan saham bagi kontraktor Malaysia mestilah melebihi 70%
  6. Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  7. Penerima Anugerah dan/atau Penerima Pengiktirafan Khas yang telah dinobatkan sebelum ini tidak dibenarkan untuk menyertai MCIEA 2017 bagi projek yang sama
  8. Pihak CIDB atau penggiat industri pembinaan boleh mengemukakan pencalonan bagi kategori ini

ANUGERAH PENCAPAIAN ANTARABANGSA

Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf kontraktor Malaysia yang telah berjaya mencapai pengiktirafan yang menyerlah dan berwibawa dalam usahaniaga pembinaan di luar Negara.

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada tetapi tidak terhad kriteria berikut:

  • Keupayaan mengatasi pelbagai cabaran pembinaan di arena antarabangsa, halangan budaya, perbezaan gaya pengurusan dan amalan-amalan operasi
  • Penggunaan sistem pengurusan kualiti secara menyeluruh dan tahap proses penyampaian yang tinggi
  • Kemampuan menampilkan imej yang cemerlang untuk Malaysia
  • Senarai projek yang dilaksanakan di luar Malaysia termasuk nilai kontrak

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Kategori ini terbuka kepada kontraktor dari Malaysia yang mempunyai pendaftaran yang sah dengan CIDB Malaysia
  2. Terbuka kepada kontraktor yang mempunyai projek antarabangsa siap sepenuhnya pada 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Kerja
  3. Peratusan ekuiti bagi kontraktor Malaysia mestilah melebihi 30%
  4. Borang penyertaan hendaklah dilengkapkan, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  5. Penerima Anugerah dan/atau Penerima Pengiktirafan Khas yang telah dinobatkan sebelum ini tidak dibenarkan untuk menyertai MCIEA 2017 bagi projek yang sama
  6. Pihak CIDB atau penggiat industri pembinaan boleh mengemukakan pencalonan bagi kategori ini

ANUGERAH KESELAMATAN & KESIHATAN

Anugerah Keselamatan dan Kesihatan

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf pemaju/ perunding/ kontraktor yang telah melaksanakan amalan terbaik dalam memastikan pematuhan yang menyeluruh dan ketat ke atas keperluan keselamatan dan kesihatan di dalam pelaksanaan projek pembinaan

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berasaskan kepada kriteria seperti berikut:

A.  Pematuhan kepada Peraturan

Kontraktor perlu memberikan bukti bahawa mereka telah mematuhi keperluan perundangan dari segi keselamatan & kesihatan pekerja seperti surat pengesahan dari pihak berkuasa iaitu JKKP untuk menyokong pematuhan ini.

B.  Sistem Pengurusan KKP (OSH)

Kontraktor perlu memberikan bukti bahawa mereka telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di dalam organisasi mereka dan telah menyampaikan dengan berkesan kepada kakitangan / pekerja mereka di tapak projek pembinaan.

C.  Sumber Manusia

Personel dan pekerja binaan telah dilatih secara berterusan di sepanjang tempoh pembinaan projek dan mereka telah menghadiri kursus induksi keselamatan dan kesihatan pekerjaan anjuran CIDB (Kad Hijau).

D.  Pemarkahan SHASSIC

Kontraktor hendaklah menjalankan penilaian SHASSIC bagi projek yang disertai. Penilaian SHASSIC hendaklah dijalankan semasa kemajuan kerja di antara 25% - 75%.

E.  Lain-lain

Kontraktor juga boleh mengemukakan sebarang Anugerah/gred yang diterima berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan bagi projek pembinaan yang disertai. Anugerah ini mungkin diterima dari JKKP, MSOSH atau sebarang organisasi lain yang diakui oleh CIDB.


KRITERIA KELAYAKAN

  1.       Penyertaan bagi anugerah ini terbuka kepada pemaju, perunding dan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  2.      Terbuka kepada projek tempatan yang sedang dalam pembinaan yang mempunyai kemajuan kerja tidak melebihi 50% pada masa permohonan dikemukakan kepada CIDB dan perlu melalui Penilaian SHASSIC sekiranya belum berbuat demikian
  3.     Kategori ini dibuka sepanjang tahun
  4.     Sub kontraktor hanya layak menyertai MCIEA2017 dengan kebenaran secara bertulis daripada kontraktor utama
  5.      Bagi sub kontraktor yang berhasrat untuk menyertai MCIEA 2017, nilai kontrak projek yang diterima perlulah minimum 25% daripada nilai kontrak utama
  6.     Projek perlu memperolehi Sijil Perakuan Siap Kerja untuk dipertimbangkan bagi Anugerah ini.
  7.    Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  8.   Pihak CIDB atau penggiat industri pembinaan boleh mengemukakan pencalonan bagi kategori ini

ANUGERAH BINAAN HIJAU

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada klien, perunding dan kontraktor (kerja berpasukan) yang telah mengaplikasikan teknologi hijau dan konsep/amalan/teknik mampan di dalam pelaksanaan projek pembinaan.

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian bagi kategori ini berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti di bawah:

  • Amalan Pembinaan hijau
  • Kelestarian /Kemampanan dan impak kepada alam sekitar
  • Inovasi Berkaitan Pembinaan Hijau
  • Akreditasi / Persijilan jika ada (contoh EMS: ISO 14001)
  • Kecemerlangan Rekabentuk Hijau
  • Keberkesanan kos
  • Penerimaan lain-lain Anugerah berkaitan

KRITERIA KELAYAKAN

  1.      Kategori ini terbuka kepada klien, pemaju dan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  2.     Penyertaan bagi anugerah ini dibuka sepanjang tahun bagi projek sedang dalam pembinaan dan projek yang telah siap sepenuhnya
  3.    Bagi projek yang telah siap sepenuhnya, tarikh siap projek adalah di antara 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Kerja serta telah dinilai oleh sistem penarafan bangunan hijau(Contoh : MyCREST, GBI, GreenRE, dll). Bagi projek sedang dalam pembinaan, penilaian berterusan akan dijalankan oleh panel penilai untuk pertimbangan anugerah pada tahun-tahun berikutnya
  4.    Sub kontraktor hanya layak menyertai MCIEA2017 dengan kebenaran secara bertulis daripada kontraktor utama
  5.     Bagi sub kontraktor yang berhasrat untuk menyertai MCIEA 2017, nilai kontrak projek yang diterima perlulah minimum 25% daripada nilai kontrak utama
  6.    Borang penyertaan hendaklah dilengkapkan, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  7.   Pencalonan juga terbuka kepada pencalonan dari pihak CIDB atau industri

ANUGERAH IBS

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf projek tempatan yang menerimapakai dan menggunakan kaedah IBS secara berkesan di dalam pelaksanaan projek tersebut.

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Kualiti mutu kerja
  • Pemarkahan IBS
  • Pengurangan sisa pembinaan
  • Kawasan tapak bina yang bersih dan selamat
  • Penggunaan bahan dan tenaga kerja secara efisyen
  • Jangkaan tempoh dan produktiviti

KRITERIA KELAYAKAN

  1.       Kategori ini terbuka kepada klien, perunding dan kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Agensi berkaitan yang bersesuaian
  2.      Klien, perunding dan kontraktor boleh memohon Anugerah ini secara individu atau bersama
  3.     Terbuka kepada projek yang siap sepenuhnya di antara 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2016 dan mempunyai Sijil Perakuan Siap Kerja
  4.     Sub kontraktor hanya layak menyertai MCIEA 2017 dengan kebenaran secara bertulis daripada kontraktor utama
  5.      Bagi sub kontraktor yang berhasrat untuk menyertai MCIEA 2017, nilai kontrak projek yang diterima perlulah minimum 25% daripada nilai kontrak utama
  6.     Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  7.    Penerima Anugerah dan/atau Penerima Pengiktirafan Khas yang telah dinobatkan sebelum ini tidak dibenarkan untuk menyertai MCIEA 2017 bagi projek yang sama
  8.   Pihak CIDB atau penggiat industri pembinaan boleh mengemukakan pencalonan bagi kategori ini

ANUGERAH INOVASI

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf individu/pasukan yang telah menghasilkan idea/ konsep / produk/ proses/ teknologi/ teknik tempatan yang telah dikomersialkan dan dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti pelaksanaan projek dan/atau industri pembinaan.

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada semua aspek tetapi tidak terhad kepada kriteria seperti berikut:

  • Peningkatan kecekapan, produktiviti dan kualiti pembinaan
  • Manfaat ekonomi
  • Penerimaan oleh industri / pengkomersialan
  • Meningkatkan kemampanan industri pembinaan
  • Keaslian
  • Kreatif dan inovatif
  • Mesra alam

KRITERIA KELAYAKAN

  1.     Kategori terbuka kepada individu, pasukan tempatan atau pembuat yang berkaitan dengan industri pembinaan
  2.    Terbuka kepada idea/ konsep / produk/proses / teknologi / teknik tempatan yang telah dikomersialkan atau diaplikasikan
  3.   Penyertaan bagi anugerah ini dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, penyertaan bagi MCIEA 2017 perlu dikemukakan sebelum/pada 31 Mac 2017
  4.   Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani dan mempunyai tarikh
  5.    Penerima Anugerah dan/atau Penerima Pengiktirafan Khas yang telah dinobatkan sebelum ini tidak dibenarkan untuk menyertai MCIEA 2017 bagi projek yang sama
  6.   Pihak CIDB atau penggiat industri pembinaan boleh mengemukakan pencalonan bagi kategori ini

ANUGERAH INDIVIDU

► Anugerah CEO

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang berjaya memacu, mengurus, mengarah dan membentuk syarikat yang mereka terajui ke tahap yang lebih tinggi dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri pembinaan Negara.

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada semua aspek tetapi tidak terhad kepada kriteria seperti berikut :

  • Prestasi kewangan dan bisnes syarikat
  • Pengaplikasian amalan-amalan inovatif
  • Komitmen terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Sumbangan kepada industri pembinaan Negara
  • Sumbangan kepada pembangunan lestari
  • Sumbangan kepada pembangunan Negara
  • Sumbangan kepada projek-projek sosial dan kemasyarakatan

KRITERIA KELAYAKAN

  1.     Individu yang merupakan warganegara Malaysia
  2.    Terbuka kepada Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan bagi syarikat-syarikat berkaitan pembinaan
  3.    Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengurusan Urusan di syarikat yang sama sekurang-kurangnya 5 tahun pada 31 Disember 2016
  4.    Jawatankuasa Pencalonan akan mengenalpasti individu yang berkelayakan untuk menyertai anugerah ini

► Anugerah Tokoh Terkemuka

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai ciri-ciri terbaik seorang penggiat industri yang unggul dan telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri pembinaan Malaysia.

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan tetapi tidak terhad kepada parameter seperti berikut :

  • Sumbangan kepada aspirasi dan pembangunan Negara
  • Sumbangan kepada pembangunan dan peningkatan industri pembinaan
  • Sumbangan kepada kreativiti, inovasi dan / atau dayacipta
  • Sumbangan kepada kebajikan dan perkhidmatan sukarelawan
  • Telah menjadi model contoh

KRITERIA KELAYAKAN

  1.     Individu yang merupakan warganegara Malaysia
  2.    Berumur 48 tahun minima pada 31 Disember 2016
  3.    Individu yang menyumbang secara signifikan kepada industri pembinaan
  4.   Menyumbang secara aktif dan berterusan kepada industri pembinaan semenjak 25 tahun yang lepas
  5.   Berkhidmat dalam Jawatankuasa berkaitan Industri Pembinaan Peringkat Nasional yang terlibat dalam Penggubalan Dasar. (Contoh : Jawatankuasa SIRIM, Ahli Lembaga CIDB, Jawatankuasa CIDB, Jawatankuasa-jawatankuasa di Agensi Pusat)
  6.   Jawatankuasa Pencalonan akan mengenalpasti individu yang berkelayakan untuk menyertai anugerah ini

► Anugerah Construction Leading Lady

Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu wanita yang mempunyai ciri-ciri terbaik seorang penggiat industri yang unggul dan telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri pembinaan Malaysia.

KRITERIA PENGHAKIMAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan tetapi tidak terhad kepada parameter seperti berikut :

  • Sumbangan kepada aspirasi dan pembangunan Negara
  • Sumbangan kepada pembangunan dan peningkatan industri pembinaan
  • Sumbangan kepada kreativiti, inovasi dan / atau dayacipta
  • Sumbangan kepada kebajikan dan perkhidmatan sukarelawan
  • Telah menjadi model contoh

KRITERIA KELAYAKAN

  1.    Individu yang merupakan warganegara Malaysia
  2.    Individu yang menyumbang secara signifikan kepada industri pembinaan
  3.   Menyumbang secara aktif dan berterusan kepada industri pembinaan semenjak 25 tahun yang lepas
  4.  Berkhidmat dalam Jawatankuasa berkaitan Industri Pembinaan Peringkat Nasional yang terlibat dalam Penggubalan Dasar. (Contoh : Jawatankuasa SIRIM, Ahli Lembaga CIDB Jawatankuasa CIDB, Jawatankuasa-jawatankuasa di Agensi Pusat)
  5.   Jawatankuasa Pencalonan akan mengenalpasti individu yang berkelayakan untuk menyertai Anugerah ini

INSENTIF-INSENTIF KEPADA PENERIMA ANUGERAH MCIEA

Di samping trofi dan sijil kecemerlangan, penerima anugerah juga akan menikmati insentif-insentif seperti berikut:

  • Kebenaran menggunakan logo Anugerah MCIEA di dalam penerbitan mereka untuk tempoh 1 tahun
  • Publisiti percuma tentang produk dan perkhidmatan mereka di dalam penerbitan CIDB
  • Publisiti di dalam laman web CIDB
  • Memperolehi 40 mata CCD untuk kontraktor
  • Penglibatan di dalam aktiviti promosi dan intelektual CIDB

PERATURAN AM PENYERTAAN

PROSEDUR PENGHANTARAN PENYERTAAN / PENCALONAN.

Sila baca peraturan berikut sebelum menyedia dan menghantar penyertaan anda. Kegagalan untuk mematuhi peraturan mungkin boleh membatalkan penyertaan anda.

  1. Semua peserta Anugerah MCIEA 2017 dikehendaki menghantar permohonan menggunakan borang penyertaan yang betul. Borang penyertaan bagi kategori yang ingin disertai dilampirkan dalam risalah ini (BOOKLET MCIEA 2017)

  2. Semua maklumat yang diminta dalam borang hendaklah dilengkapkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan dan dilampirkan bersama-sama dengan borang penyertaan termasuk penulisan atas sebab-sebab kenapa penyertaan anda patut menerima Anugerah tersebut. Kegagalan untuk memajukan dokumen-dokumen ini boleh menyebabkan penyertaan anda terbatal.

  3. Peserta/calon mungkin dikehendaki mengemukakan dokumen atau bahan tambahan yang diperlukan untuk penilaian lanjut. Penyertaan yang disenarai pendek mungkin dikehendaki membuat pembentangan secara formal kepada Panel Penilai.

  4. Panel Penilai hendaklah diberikan akses yang sewajarnya untuk memeriksa projek atau organisasi berkenaan jika perlu. Panel Penilai bagi Kategori Binaan Hijau dan Kategori Keselamatan dan Kesihatan akan melawat tapak lebih daripada sekali.

  5. CIDB mempunyai hak mutlak dalam menentukan penerimaan atau pembatalan sebarang penyertaan.

  6. Gambar yang dikemukakan hendaklah di dalam salinan secara digital berformatkan JPEG dengan ketajaman minima 300 dpi. Bahan dan gambar yang dihantar ke CIDB tidak akan dipulangkan semula.

  7. Tiada bayaran balik akan dibuat bagi sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan.

    Penyertaan / pertanyaan hendaklah dihantar / ditujukan kepada :

    CIDB Malaysia

    Bahagian Dasar & Perancangan Strategik

    Sektor Dasar & Korporat

    (U:P : Sekretariat MCIEA 2017)

    Tkt.25 Menara Dato’ Onn

    Putra World Trade Centre (PWTC)

    No.45, Jalan Tun Ismail

    50480 Kuala Lumpur

SUHANA MOHD SAID +603 – 4047 7016
ANI ARINA MISRI +603 – 4047 7263
MOHD IKBAL ABDULLAH SANI +603 – 4047 7022

 

 

 

 

 

 

iso 01iso 02

iso 03iso 04