cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

CIDB-RISM Jalin Kerjasama Dalam N3C Untuk Tempoh 5 Tahun

 

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) bagi menguruskan projek National Construction Cost Centre (N3C) iaitu satu sistem maklumat industri pembinaan di bawah CIDB.

 

Sesi menandatangani kolaborasi yang diadakan di ibu pejabat CIDB itu telah ditandatangani oleh Ketua Eksekutif CIDB, Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Presiden RISM, Azmi Mohamed Zin.  Menandatangani dokumen tersebut sebagai saksi adalah Pengurus Besar Kanan, Sektor Dasar & Korporat CIDB, Sr. Sariah Abd. Karib dan mantan Presiden RISM, Dato’ Sri Kandan Kanagaithiram.

 

Usaha pembangunan N3C ini adalah sebagai langkah kearah meningkatkan produktiviti peneraju industri pembinaan tempatan sebagaimana yang digariskan dalam Teras Strategik Produktiviti, Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) bagi tempoh 2016 – 2020.

 

Menerusi usahasama ini, CIDB akan menjadi penyedia utama perkhidmatan Building Cost Information Service Malaysia (BCISM) kepada industri pembinaan Malaysia yang membolehkan maklumat kos dan data pembinaan dapat diperolehi secara online. Manakala RISM berperanan mengemaskini maklumat dalam N3C secara konsisten untuk tempoh lima tahun.

 

Maklumat lanjut berkaitan N3C boleh diperolehi di http://myn3c.cidb.gov.my/

 

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04