Skip to main content
BeritaAcara & PengumumanHeights

CIDB Celebrates Excellence in Construction Industry with the Organisation of MCIEA 2024

By April 15, 2024No Comments
CIDB Celebrates Excellence in Construction Industry with the Organisation of MCIEA 2024

Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) MCIEA 2024 akan menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia iaitu Malaysian Construction Industry Excellence Awards (MCIEA) 2024 untuk meraikan kecemerlangan penggiat industri pembinaan negara.

MCIEA dianjurkan setiap tahun sejak ia mula diadakan lebih 20 tahun yang lalu.  Namun penganjurannya tertangguh dari tahun 2020 sehingga 2023 disebabkan pandemik COVID-19.

“Pada tahun ini, CIDB kembali menganjurkan MCIEA sebagai pengiktirafan kepada semua penggiat industri pembinaan yang cekal dalam menghadapi pelbagai cabaran terutamanya semasa selepas pandemic COVID 19,” kata Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.

“MCIEA memberi peluang kepada semua penggiat industri pembinaan untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam menerajui inovasi, kualiti dan kemampanan serta mendapat pengiktirafan ke atas sumbangan kepada industri pembinaan Malaysia,” katanya.

Penyertaan dibuka untuk kategori berikut:

1. Anugerah Kontraktor Terbaik (Kontraktor G1 hingga G6)

2. Anugerah Projek Terbaik

  • Projek Infrastruktur
  • Projek Bangunan

3. Anugerah Pencapaian Antarabangsa

4. Anugerah Jurubina Terbaik (Kontraktor G7)

5. Anugerah Tokoh Terkemuka

Penyertaan untuk MCIEA 2024 boleh dihantar melalui laman sesawang www.mciea.my dari 4 April sehingga 3 Jun 2024.

mceia 1

This will close in 20 seconds