persoalan lazim
(FAQs)
 
Anda di sini: Daftar » Soalan Lazim
 
Soalan
  1. Apakah kriteria yang diperlukan untuk berdaftar sebagai kontraktor CIDB?
    Maklumat mengenai kriteria yang diperlukan untuk berdaftar sebagai kontraktor CIDB boleh didapati di sini.
  2. Apakah tatacara dan keperluan untuk Kontraktor menaiktaraf ke kelas G7?
    • Modal berbayar sekurang-kurangnya RM750k
    • Memiliki Diploma dan Ijazah (bidang kemahiran perlu berkaitan dengan pembinaan) atau
    • Memiliki 2 ijazah dan minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang pembinaan
  3. Bagaimana Kontraktor kemaskini perubahan data syarikat?
    Pihak Kontraktor perlu mengisi Borang R6; borang tersebut boleh diperolehi secara percuma di kaunter-kaunter pejabat CIDB.
  4. Bagaimana cara Kontraktor boleh mendapatkan Sijil Pendaftaran baru sekiranya sijil pendaftaran lama hilang?
    Kontraktor perlu membuat laporan polis (sila sahkan laporan tersebut) dan akan dikenakan denda sebanyak RM100. Pihak CIDB akan memproses dan memberi Sijil Pendaftaran baru secepat mungkin.
  5. Bagaimana pihak Kontraktor ingin tahu mengenai status permohonan?
    Kontraktor perlu menghubungi CIDB di Bahagian Pendaftaran Kontraktor dan menyatakan nombor permohonan, atau melawat laman web CIDB - sila klik di sini.
  6. Apakah implikasi kontraktor tidak berdaftar dengan CIDB tetapi menjalankan kerja-kerja pembinaan?
    Adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Akta 520 dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit. CIDB juga boleh mengeluarkan notis untuk memberhentikan kerja-kerja pembinaan jika kontraktor tidak berdaftar.
  7. Bagaimana dan bila Kontaktor perlu memperbaharui pendaftaran?
    Permohonan untuk menaikkan gred atau menambah pengkhususan pendaftaran boleh dibuat dengan mengemukakan Borang R5/96. Kontraktor boleh mengemukakan pembaharuan pendaftaran dengan mengisi Borang R4 Bagi tujuan pembaharuan perakuan pendaftaran walaupun perakuan tersebut telah luput melebihi 2 tahun. Namun begitu, kontraktor akan dikenakan makluman, kontraktor tidak perlu mendaftarkan semula syarikat mereka untuk mendapatkan nombor pendaftaran baru.
  8. Bagaimana pihak Kontraktor memohon untuk kenaikan gred atau penambahan kategori atau penambahan pengkhususan kerja?
    Pihak Kontraktor perlu memohon menggunakan Borang R5.
  9. Bolehkah Kontraktor berdaftar melaksanakan kerja melebihi gred pendaftaran?
    Berdasarkan syarat-syarat pendaftaran, Kontraktor tidak boleh mengakujanji membina apa-apa projek pembinaan melebihi nilai kerja pembinaan yang dinyatakan dibawah gred pendaftarannya. Walaubagaimanapun kontraktor berdaftar boleh memohon untuk mendapatkan kebenaran khas daripada CIDB bagai menjalankan kerja melebihi gred. Kontraktor yang melanggar syarat-syarat pendaftaran boleh dikenakan tindakan tatatertib samada denda, dibatal, digantung atau ditarikbalik pendaftaran mereka.
  10. Adakah kenaikan gred PKK akan melibatkan kenaikan gred pendaftaran CIDB?
    Pihak PKK dan CIDB mempunyai gred pendaftaran yang berbeza. Oleh sedemikian, pihak Kontraktor perlu memohon gred kategori kewangan yang berbeza.
  11. Apakah kadar baru pengenaan Levi?
    Kadar levi bersamaan kadar 0.125% dari jumlah harga kontrak yang melebihi RM500,000.00. Perkara ini adalah terpakai bagi kontrak pembinaan di mana tarikh surat setujuterima/award adalah pada atau selepas 21 Mei 2003 sehingga tarikh yang akan ditetapkan kelak.
FAQ Bantuan Tentang CIDB Hubungi CIDB