Kad Hijau Akreditasi Latihan Kemahiran Pertandingan ABM

Apakah Kad Hijau CIDB?

Kad Hijau CIDB adalah program integrasi yang melibatkan pendaftaran dan pengiktirafan personal binaan. Ia bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak binaan personel.

Mengapa anda patut mendaftar?

  • Memastikan personel binaan sedar betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.
  • Mendapat pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.
  • Memaklumkan kepada personel binaan mengenai keperluan undang-undang yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tapak binaan.


Siapa yang perlu mendaftar?

Semua personel binaan yang bekerja di tapak binaan.

Bila untuk berdaftar?

Sekarang juga! Jika anda bekerja di tapak pembinaan, anda mesti memperolehi Kad Hijau sebelum memasuki kawasan pembinaan.

Di mana untuk berdaftar?

Sila hadirkan diri ke pejabat CIDB - Ibu Pejabat CIDB, pejabat wilayah, pejabat negeri dan cawangan CIDB - untuk mendaftarkan diri.

Bagaimana untuk berdaftar?

Caj minima adalah RM50.00. Peserta juga mestilah menghadiri Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan untuk Personal Binaan selama 1 hari.

Pendaftaran Personel Kad Hijau




Panduan Rekabentuk Modular

Dapatkan lebih maklumat teknikal mengenai
rekabentuk modular dan pengunaaan dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS).


Latihan ICT


Ketahui lebih mengenai latihan ICT yang dianjurkan CIDB - Primavera Project Planner & Microsoft Project - tahap pengenalan dan teknik lanjutan.


National E-Tender Imperative (NeTI)



Dapatkan informasi teknikal mengenai NeTI untuk membantu bisnes pembinaan anda berkembang.


Malaysian Construction Research Journal (MCRJ)


Sertai bersama para professional
dan ahli akademik industri pembinaan dalam penyelidikan
dan kajian semasa.