Program Pertandingan Kemahiran
CIDB diberi kepercayaan oleh Kementerian Kerja Raya untuk menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) bagi sektor pembinaan. Tujuan PKM ini diadakan adalah untuk mempamerkan kemahiran personel binaan dan para pelatih pusat latihan kemahiran awam dalam tred masing-masing di samping menarik minat para belia tempatan untuk menceburi bidang pembinaan. Di samping itu juga, PKM juga adalah bertujuan untuk mencungkil kemahiran para pelatih tred binaan untuk mewakili negara di pertandingan ASEAN Skill Competition dan World Skill Competition.
Pertandingan Kemahiran Malaysia
Terdapat dua kategori bagi sektor pembinaan - Kategori Belia dan Kategori Terbuka. Tred-tred yang dipertandingkan adalah seperti pemasangan paip, pelepaan, penjubinan, penerapan bata, penyejukan dan penyaman udara, pertukangan kayu dan tanggam serta pembinaan lanskap.
Pertandingan Kemahiran Antarabangsa
Pertandingan World Skill Competition ke-38 telah diadakan di Helsinki, Finland pada 19 Mei 2005 hingga 2 Jun 2005. Bagi bidang pembinaan, 3 peserta negara telah menyertai pertandingan dalam bidang penerapan bata, penjubinan dan kimpalan. Dalam pertandingan tersebut, 2 peserta Malaysia telah berjaya memperolehi ”Medallion of Excellence” bagi bidang penerapan bata dan kimpalan.
|