Program Kemasukan Pekerja Asing Binaan
Program Akreditasi Pekerja Mahir Binaan Tempatan & Asing
Apakah Program Akreditasi Pekerja Mahir Binaan Tempatan & Asing?
Program ini menilai atas permohonan yang diterima dari pihak kontraktor binaan untuk membawa masuk pekerja binaan asing ke negara ini.
Mengapa program ini diadakan?
- Mempertingkatkan tahap kualiti kerja di tapak binaan;
- Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya pekerja mahir binaan;
- Memastikan supaya pekerja mahir binaan memenuhi kehendak yang telah ditetapkan oleh Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsan (NOSS);
- Menggalakkan hanya pekerja binaan yang berkemahiran sahaja bekerja di tapak binaan;
- Memenuhi keperluan peraturan Jabatan Imigresen Malaysia untuk lanjutan Pas Lawatan (Kerja Sementara) untuk pekerja asing binaan khususnya bagi mereka yang ingin terus bekerja di negara ini selepas 5 tahun bekerja; dan
- Menyediakan mekanisme untuk memastikan hanya pekerja asing binaan yang kompeten sahaja yang layak melanjutkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) mereka.
Apakah tred yang diakredit dalam program ini?
CIDB telah membangunkan mekanisme untuk mengakredit kemahiran pekerja binaan mahir dalam 76 tred binaan yang meliputi personel binaan tempatan dan asing dengan menggunakan infrastruktur dan tenaga pengajar Akademi Binaan Malaysia di seluruh negara yang merangkumi kerja-kerja senibina, awam, mekanikal, elektrikal, paip gas, kimpalan dan kerja tanah.
Semak pekerja tempatan binaan bertauliah
Semak pekerja asing binaan bertauliah
Surat Pekeliling 2006-1 Perlaksanaan Akreditasi / Ujian Kemahiran Terhadap Pekerja Mahir Tempatan dan Asing Binaan
Borang Permohonan Akreditasi Pekerja Binaan Tempatan - UAP 1/2006
Borang Permohonan Akreditasi Pekerja Asing / Penduduk Tetap - UAP 1A/2006
|