QUEST adalah singkatan kepada ‘Quality Standards’ dimana program ini adalah satu program jaminan kualiti bahan binaan. Buat permulaan, melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998 Pindaan 2003/2004 ini adalah untuk menjamin kualiti bahan binaan import. Bahan binaan import yang telah disenaraikan dalam Perintah Kastam ini perlu memperolehi sijil kelulusan atau ‘Certificate of Approval’ daripada CIDB sebelum bahan binaan ini boleh diimport ke Malaysia. Keperluan untuk mendapatkan ‘Certificate of Approval’ ini adalah berdasarkan kepatuhan Malaysia Standard (MS) melalui peringkat-peringkat berikut:
- Persijilan Produk Bahan Binaan
- Pemeriksaan Bahan Binaan di kilang pengeluar luar negara
- Ujian ke atas Bahan Binaan
- Pemeriksaan Bahan Binaan di Pintu masuk import
Berikut bahan binaan mengikut Malaysia Standard (MS) yang telah dikuatkuasakan dalam Perintah Kastam tersebut yang memerlukan ’Certificate of Approval’ :-
Bil. |
Bahan Binaan |
Malaysia Standard (MS) |
1. |
Unglazed & Glazed Ceramic Tiles (Jubin) |
MS ISO 13006 |
2. |
Sanitary Wares ( Ceramic & Plastic) |
MS147/ MS1522/ MS795 |
3. |
Steel Frame Scaffoldings |
MS1462 |
4. |
Steel Wire Ropes and Cables For Electric Lifts |
MS552 |
5. |
Cold Reduce Mild Steel Wire for Reinforcement of Concrete |
MS144 |
6. |
Steel Welded Fabric |
MS145 |
7. |
Cement (Simen) |
MS522/ MS888/ MS1037/
MS1227/ MS1389/ MS1520/
MS1388/ MS794 |
8. |
Ceramic Clay Pipes and Pipe Fittings |
MS1061 |
Permohonan ‘Certificate of Approval’ adalah melalui Borang Q1 dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:-
- Salinan Persijilan Produk
- Laporan Ujian Bahan Binaan
- Bill of Lading
- Invoice dan Packing List
- Resit Bayaran CIDB untuk yuran permohonan ‘Certificate of Approval’
- Surat Pengesahan Pengilang
- Surat Pengesahan dan Perakuan Pengimport
(Lampiran A)
- Borang Tarikh Menjalankan Verifikasi (Lampiran B)
| Sila hantarkan permohonan lengkap kepada : |
| |
Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia,
Unit Standard & Kualiti,
Tingkat 8, Grand Seasons Avenue,
72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur,
Malaysia. |
| |
|
| Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi : |
| |
Program QUEST,
Unit Standard & Kualiti,
Tingkat 8, Grand Seasons Avenue,
72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Atau hubungi 03- 2617 0209/0371/0360 untuk maklumat lanjut. |
|