
|
Quality
Assessment System in Construction (QLASSIC) |
Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC)
merupakan satu sistem atau kaedah untuk mengukur dan
menilai quality of workmanship suatu kerja pembinaan,
berdasarkan kepada keperluan standard yang berkenaan.
Dengan QLASSIC quality of workmanship antara projek
pembinaan dapat dibuat perbandingan secara objektif
melalui sistem pemarkahan.
Objektif of QLASSIC
- Menanda aras quality of workmanship dalam Industri
Pembinaan.
- Mengadakan satu sistem yang standard untuk menilai
quality of workmanship kerja-kerja pembinaan.
- Menilai quality of workmanship suatu kerja pembinaan
berdasarkan kepada standard yang berkenaan.
- Digunakan sebagai suatu kriteria untuk menilai prestasi
kontraktor berdasarkan kepada quality of workmanship.
- Mengumpul data untuk analisa statistik.
“ASSESS QUALITY OF WORKMANSHIP USING QLASSIC”
Skop QLASSIC
QLASSIC menetapkan standard quality of workmanship
untuk berbagai elemen bagi kerja pembinaan bangunan
dan kerja pembinaan infrastruktur. Elemen pembinaan
dibuat penilaian berdasarkan kepada keperluan quality
of workmanship yang ditetapkan dalam standard. Markah
diberikan jika elemen pembinaan tersebut mematuhi keperluan
standard tersebut. Markah yang terkumpul akan digunakan
untuk pengiraan Skor QLASSIC (%) bagi suatu projek pembinaan.
Penilaian QLASSIC dibuat melalui pemeriksaan tapak
dan mengikut prinsip first time inspection. Sebarang
kerja pembinaan yang diperbetulkan selepas suatu penilaian
dijalankan tidak akan dinilai semula. Objektif prinsip
ini adalah untuk menggalakkan kontraktor untuk ”Buat
Kerja Dengan Betul Pada Kali Pertama Dan Buat Kerja
Dengan Betul Setiap Kali”
Penilai QLASSIC
Penilaian QLASSIC yang dijalankan ke atas suatu projek
pembinaan hendaklah dijalankan oleh penilai yang tidak
mempunyai sebarang kepentingan dan pertalian dengan
projek tersebut.
Semua penilai hendaklah memenuhi syarat-syarat serta
menjalani latihan yang ditetapkan oleh CIDB. Hanya penilai
yang telah lulus latihan akan didaftarkan oleh CIDB
sebagai penilai QLASSIC yang berkelayakan.
Sampel Penilaian
Elemen pembinaan yang perlu dibuat penilaian ditentukan
melalui keadah persampelan dan statistik. Sampel penilaian
ini perlu ditentukan sebelum penilaian ditapak dijalankan.
Sampel tersebut dipilih daripada lukisan atau pelan
pembinaan bagi suatu projek. Setiap elemen pembinaan
dalam projek tersebut hendaklah diambil kira dalam pengiraan
sampel. Ini bagi memastikan supaya sampel yang dipilih
dapat mewakili keseluruhan projek dengan secukupnya.
Construction Industry Standard (CIS
7:2006) Quality Assessment System for Building Construction
Work
CIS
7 ini dibangunkan pada bulan November 2006 oleh sebuah
Jawatankuasa Teknikal CIDB yang terdiri daripada wakil
daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jab. Perumahan Negara
(JPN), Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia
(REHDA), Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Persatuan
Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Persatuan Kebangsaan
Pembeli Rumah (HBA) dan organisasi lain yang berkenaan.
Standard ini menetapkan keperluan quality of workmanship
dan prosedur penilaian untuk kerja pembinaan bangunan.
Keperluan tersebut dibahagikan kepada empat komponen
utama:
a) Structural Works
Penilaian dijalankan semasa projek dalam pembinaan.
Bilangan sampel ditentukan berdasarkan kepada gross
floor area (GFA) bagi suatu bangunan. Bilangan maksimun
dan minimum untuk sampel juga ditetapkan.
Penilaian ke atas structural works meliputi elemen binaan
seperti berikut:-
- Reinforced concrete structure (formwork, pre-cast
specific requirements, finished concrete, structure
quality and NDT).
- Structural steel work.
- Pre-stressed concrete.
b) Architectural Works
Penilaian dijalankan selepas suatu projek telah siap
sepenuhnya, iaitu projek tersebut telah memperolehi
Certificate of Practical Completion (CPC) dan belum
diserahkan kepada pemilik projek. Bilangan sampel ditentukan
berdasarkan kepada gross floor area (GFA) bagi suatu
bangunan. Bilangan maksimun dan minimum untuk sampel
juga ditetapkan.
Penilaian ke atas architectural works meliputi elemen
binaan seperti berikut:-
- Ceiling
- Floor
- Internal wall
- External wall
- Roof
- Perimeter drain and apron
- Door and window
- Internal and external fixture
c) Mechanical & Electrical (M&E) Works
Penilaian dijalankan semasa projek dalam pembinaan.
Bilangan sampel ditentukan berdasarkan kepada gross
floor area (GFA) bagi suatu bangunan. Bilangan maksimun
dan minimum untuk sampel juga ditetapkan.
Penilaian ke atas mechanical & electrical works
meliputi elemen binaan seperti berikut:-
- Electrical work
- Air-conditioning and mechanical ventilation work
(ACMV)
- Fire protection work
- Sanitary and plumbing work
- Basic M & E fitting.
d) External Works
Penilaian dijalankan selepas suatu projek telah siap
sepenuhnya, iaitu projek tersebut telah memperolehi
Certificate of Practical Completion (CPC) dan belum
diserahkan kepada pemilik projek. Bilangan sampel ditentukan
berdasarkan kepada 10m length section or per location
bagi suatu projek. Bilangan maksimun dan minimum untuk
sampel juga ditetapkan.
Penilaian ke atas external work meliputi elemen binaan
seperti berikut:-
- External drain
- Road work and car park
- Link-way or shelter
- Footpath and turfing
- Playground
- Court
- Fence and gate
- Swimming pool
- Electrical substation
CIS 7 juga menetapkan garispaduan untuk mengira sampel
penilaian bagi structural works, architectural works,
mechanical & electrical works dan external works.
Jadual weightage yang diperuntukan mengikut
komponen dan kategori bangunan
| Component |
Category
A
Landed
Housing |
Category B
Stratified
Housing |
Category
C
Public
Building |
Category
D
Special
Public Building |
Structural work
(%) |
25 |
30 |
30 |
30 |
Architectural work
(%) |
60 |
50 |
45 |
35 |
M&E work
(%) |
5 |
10 |
15 |
25 |
External work
(%) |
10 |
10 |
10 |
10 |
Total score
(%) |
100 |
100 |
100 |
100 |
Kategori bangunan tersebut terdiri daripada:-
- Kategori A (Landed Housing) – Detached,
Semi-Detached, Terrace and Cluster House.
- Kategori B (Stratified Housing) – Flat,
Apartment, Condominium, Service Apartment and Town
House.
- Kategori C (Public Building) – Office Building,
School and other related facilities or buildings
intended for public use.
- Kategori D (Special Public Building) –
Hospital and Airport only.
Proses Aliran Penilaian QLASSIC
-

Kenapa perlu mohon untuk penilaian QLASSIC?
- Tiada yuran dikenakan untuk memproses permohonan
dan tiada caj dikenakan untuk perkhidmatan penilaian
buat masa ini.
- Ianya membolehkan anda menanda aras quality of workmanship
projek pembinaan anda.
- Ianya merupakan suatu sistem yang standard untuk
menilai quality of workmanship bagi kerja-kerja pembinaan.
- Meningkatkan kawalan kualiti dalam kerja-kerja
pembinaan.
- Akan dijadikan kriteria untuk menilai prestasi
kontraktor berdasarkan kepada quality of workmanship.
Foto-foto beberapa contoh penilaian QLASSIC
di tapak bina
Distribution Chart of QLASSIC Scores From 2006
to Nov 2007
Berminat? muat turun dan lengkapkan dokumen berikut:
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Bahagian Standard & Kualiti
Sektor Pembangunan Teknologi & Inovasi
CIDB Malaysia
Tingkat 7, Grand Seasons Avenue,
No. 72, Jalan Pahang
53000, Kuala Lumpur.
Tel : 03-2617 0352 (Mohammad Faizal b. Abdul Hamid)
03-2617 0200 (GL)
Fax : 03-4045 1808
Email : mdfaizal@cidb.gov.my
|