
|
Koordinasi Modular
(MC) |
Pengenalan Pemeriksa Skor Modular kepada industri bukan sahaja menyediakan satu asas pengukuran untuk mengkoordinasikan dimensi bangunan yang memerlukan asas pengukuran ini, tetapi digunakan juga sebagai medium untuk merasionalisasi dan pengindustrian industri pembinaan.Modular Checker dalam bangunan bukanlah satu konsep yang baru.Ia telah didokumentasikan dalam Malaysian Standard MS 10064: Part I -10:2001.
Pemeriksa Modular adalah penting untuk bangunan yang mengunakan modular (modul asas dan pelbagai modul) dan sebagai sistem rujukan untuk menentukan koordinasi ruang dan zone untuk elemen bangunan dan untuk komponen bangunan yang dibentuk. Terdapat piawaian peraturan yang perlu dipatuhi - Peraturan menempatkan elemen bangunan dalam lingkungan sistem rujukan, Peraturan mengubah saiz komponen bangunan bagi mengenal pasti saiz kerja, Peraturan untuk menentukan saiz yang dikehendaki untuk komponen bangunan dan koordinasi pengukuran untuk bangunan.
Penggunaan Pemeriksa Modular boleh diaplikasikan kepada rekabentuk, pengeluaran dan pembinaan bangunan, pemasangan komponen bangunan, dan ia memberikan kesan kepada perletakan dan dimensi. Selain itu, setiap ahli dalam pasukan pembinaan boleh berdikari dalam membuat keputusan kerana mengunakan sistem dimensi yang sama. Oleh itu, pengunaan koordinasi modular penting dalam kerja perletakan komponen dan untuk menentukan komponen berpadanan sekaligus meminimakan kerja ubah suai dan pembaziran bahan di tapak. Koordinasi Modular boleh juga diaplikasikan kepada pelbagai teknologi bangunan, dari komponen bangunan sehingga ke pratuang untuk merationalkan kaedah tradisional bangunan. Sebagai tambahan, komponen yang dikoordinasikan berdasarkan modular boleh digunakan untuk program pengubahsuaian.
|