Peraturan-Peraturan Berkenaan Standardisasi
2 aspek utama berkaitan peraturan-peraturan
Terdapat 2 aspek utama berkaitan peraturan-peraturan yang dapat disesuaikan dengan perspektif Standardisasi CIDB:
- Interpretasi 2 istilah yang merupakan rujukan dalam inisiatif dan program CIDB iaitu "standard" dan "standardisasi"
- Rujukan yang dibuat untuk UBBL berhubung dengan Standard Malaysia
Interpretasi Dalam Akta Standard Malaysia 1995
Rujukan yang dibuat kepada definasi standard dan standardisasi adalah kepada Akta Standard Malaysia 1995, dimana:
- "standard" bermaksud satu dokumen yang disahkan oleh badan yang bertauliah, yang digunakan untuk kegunaan biasa dan kegunaan secara berulang, peraturan-peraturan, garis panduan atau ciri-ciri untuk barangan atau proses yang berkaitan dan cara-cara pengeluaran, di mana perlaksanaannya bukanlah mandatori, dan juga di mana termasuk atau berhubung secara ekslusif dengan terminologi, simbol-simbol, pembungkusan, keperluan penandaan atau pelabelan sepertimana ianya perlu bagi sesbuah barang, proses atau cara pengeluaran.
- "standardisasi" bermaksud aktiviti yang melibatkan jalan penyelesaian berhubung dengan masalah sebenar atau masalah yang berpotensi, persediaan bagi kegunaan biasa dan kegunaan secara berulang, yang memberi sasaran kepada pencapaian tahap optimum di dalam konteksnya tersendiri
UBBL dan Standard Malaysia
UBBL [Uniform Building By-Laws] adalah perundangan sampingan yang telah diwartakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam mentadbir aktiviti-aktiviti industri pembinaan.
Telah disyaratkan dalam UBBL di mana Standard Malaysia wujud, ianya harus menjadi pilihan berbanding dengan standard asing.
Pembinaan adalah salah satu industri terawal dan paling kerap menggunakan standard.
- Penekanan CIDB Terhadap Kepentingan Peranan Standard Dan Sokongan Dalam Industri Pembinaan
- Program Pembangunan Standardisasi CIDB
- Perkhidmatan Berkenaan Standardisasi CIDB
|