Pemakaian AKTA 520
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ACT 1994 [ACT 520]
Akta 520 di pakai diseluruh Malaysia dengan seksyen-seksyen berkaitan berikut yang diaadakan sebagai peruntukan-peruntukan dan peraturan-peraturan untuk Pendaftaran Kontraktor:
| Parts |
|
Summary |
| I |
|
Tafsiran (untuk "Kontraktor", "Industri Pembinaan", "Penyelia Tapak Pembinaan", Kerja-kerja Pembinaan" dan "Pekerja Mahir Pembinaan") |
| II |
|
Fungsi-fungsi CIDB yang memaparkan implikasi-implikasi mengenai peranan CIDB dalam industri pembinaan. |
| VI |
|
Menerangkan mengenai keperluan mandatori bagi kontraktor-kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB. Lembaga memberi notis kepada Kontraktor dalam bentuk yang ditetapkan sekiranya kontraktor gagal untuk mematuhi Akta tersebut.
Sebaliknya, satu peruntukan dalam seksyen ini mengadakan keperluan bagi CIDB untuk menguruskan satu "Daftar" yang mengandungi butir-butir kontraktor berdaftar. "Daftar" ini dirujukkan sebagai Kontraktor Tempatan dan Kontraktor Asing dalam direktori mereka masing-masing. |
| VII |
|
Akreditasi dan pemerakuan Pekerja Mahir Pembinaan dan Penyelia Tapak Pembinaan, dengan pernyataan spesifik mengenai kemahiran Pekerja-pekerja Pembinaan/tred-tred seperti tukang konkrit, tukang pembengkok besi, tukang kayu, penerap bata/tukang batu, pelepa/penurap, pemasang jubin, tukang cat, tukang tanggam, tukang besi, pemasang longkang, tukang kaca, tukang kimpal, operator peralatan/jentera pembinaan, tukang paip dan juru elektrik berdaftar.
Apabila diperakui dan diakreditasikan, pekerja-pekerja mahir pembinaan akandidaftarkan sebagai kontraktor tred. Dalam hubungan ini, satu peruntukan telah diadakan bagi CIDB mengadakan satu "daftar" mengenai Kontraktor Tred dan Senarai Tred. |
| VIII |
|
Levi, yang merupakan satu kehendak undang-undang dimana kontraktor-kontraktor dikehendaki untuk memaklumkan dan mengemukakan butir-butir kerja pembinaan yang dilaksanakan yang melebihi RM 500,000.00untuk satu kontrak.
Selanjutnya, levi akan dikenakan ke atas kontraktor pada kadar 0.25% dari harga kontrak. |
| IX |
|
Penguatkuasaan dan Penyiasatan, dimana Pegawai-pegawai Penyiasat diberi kuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap apa-apa kesalahan atau apa-apa pemeriksaan yang perlu di tapak-tapak bina, terutamanya, soalan-soalan berkaitan pendaftaran kontraktor, akreditasi dan pemerakuan pekerja-pekerja mahir pembinaan dan penyelia-penyelia tapak pembinaan atau berkaitan pembangunan levi. |
| X |
|
Am. Berkaitan kuasa yang ada pada Lembaga untuk membuat apa-apa peraturan dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta dengan lebih baik. |
Muat turun AKTA 520 dalam bentuk format PDF |