Regulasi » Pengantaraan » Pengenalan

Regulasi dan Peraturan

 
Utama
 
  Pembangunan Standardisasi  
 
 
  Pendaftaran
dan Levi
 
 
 
  Pengantaraan  
 
Pengenalan
Borang Kontrak Standard CIDB bagi Kerja Binaan
Peraturan-Peraturan Pengantaraan CIDB
 

Pengantaraan (Mediation) Perlu Dilaksanakan Di Bawah Peraturan-Peraturan Pengantaraan CIDB

Pengantara yang merupakan ahli kepada Panel Pengantara Bertauliah CIDB mestilah mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan Peraturan-Peraturan tersebut.

Disamping penubuhan Panel Pengantara Bertauliah CIDB, peruntukan pengantaraan yang terdapat dalam Borang Kontrak Standard CIDB bagi Kerja Binaan dan Peraturan-Peraturan Pengantaraan CIDB menyediakan batu landasan dan rangkakerja bagi memudahkan amalan pengantaraan bagi menyelesaikan pertikaian dalam projek-projek Pembinaan.

Peraturan-Peraturan Pengantaraan CIDB menyediakan satu garis panduan bagi proses-proses yang perlu dilalui oleh pihak-pihak dalam pertikaian untuk melalui Proses Pengantaraan .

CIDB juga telah menjadikan ia satu pra-syarat sebelum apa-apa proses timbangtara dilaksanakan. Ini adalah sebagai usaha untuk membantu para Kontraktor dan Pelanggan menyelesaikan perbalahan dalam melaksanakan projek-projek Pembinaan secara lebih efektif dan lebih diplomatik kepada pihak yang terlibat.

Di bawah Peraturan-Peraturan Pengantaraan CIDB, CIDB bertindak sebagai satu pentadbir pengantaraan untuk memastikan bahawa para Pengantara dibayar yuran mereka sewajarnya. CIDB akan menyimpan deposit dari pihak-pihak yang bertikai dan akan membayarnya kepada para Pengantara sewajarnya.

Adalah dijangkakan bahawa Pengantaraan akan dapat diterima oleh komuniti Industri Pembinaan di Malaysia, kerana penyelesaian pertikaian secara diplomasi merupakan lumrah budaya masyarakat Asia.

Faedah jangka panjang mengekalkan masyarakat harmoni melalui pendekatan sebegini membawa kepada pengertian yang lebih besar jika di bandingkan dengan objektif jangka pendek yang lebih ketat bagi mendapatkan hak serta tuntutan

Semenjak itu, CIDB telah mengusahakan beberapa program untuk mempromosi penggunaan pendekatan Pengantaraan kepada para Pengguna Industri Pembinaan.