Peraturan-Peraturan Dan Regulasi Yang Terdapat Dalam Industri Pembinaan Malaysia
AKTA Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [AKTA 520]
Secara ringkas dikenali sebagai AKTA 520, AKTA ini berkuatkuasa pada 24 Julai 1994 bagi menubuhkan CIDB [Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia] sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menjadi peneraju dan penyelaras dikalangan para pemain Industri Pembinaan di Malaysia.
Asal-Usul AKTA 520
AKTA 520 diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Terdapat 10 bahagian kepada AKTA 520.
| Bahagian |
|
Isi Kandungan |
| I |
|
Permulaan |
| II |
|
LEMBAGA |
| III |
|
Pengerusi, Pegawai, Pengkhidmat |
| IV |
|
Kewangan |
| V |
|
Kuasa-Kuasa Lain LEMBAGA |
| VI |
|
Pendaftar Kontraktor- Kontraktor |
| VII |
|
Akreditasi dan Pemerakuan Pekerja-Pekerja Binaan Mahir dan Penyelia-Penyelia Tapak Binaan |
| VIII |
|
Levi |
| IX |
|
Penguatkuasaan dan Penyiasatan |
| X |
|
Am |
| |
|
| Jadual Pertama |
Peruntukan-Peruntukan yang Terpakai bagi LEMBAGA |
| Jadual Kedua |
Peruntukan-Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan yang Ditubuhkan oleh LEMBAGA |
| Jadual Ketiga |
Pekerja-Pekerja Binaan Mahir |
Muat turun AKTA 520 dalam bentuk format PDF |