| |
Pembangunan Teknologi Binaan
Program pembangunan teknologi binaan adalah bermatlamat untuk meningkatkan produktiviti, kualiti, kesedaran kesihatan, keselamatan dan alam sekitar dalam industri pembinaan. Sepanjang tahun 2005, aktiviti pembangunan teknologi pembinaan adalah tertumpu kepada penekanan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (Industrialised Building System, IBS) dalam industri pembinaan serta peningkatan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Antara langkah utama yang diambil oleh kerajaan adalah dengan menyediakan insentif pengecualian levi bagi projek yang menggunakan sekurang-kurang 50% komponen IBS serta penggunaan IBS dalam 50% projek-projek kerajaan.
Disamping itu, hasil daripada maklumbalas serta input dari industri pembinaan, CIDB juga telah menyiapkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Bagi Industri Pembinaan dan Deraf akhir Pelan Induk Industri Pembinaan 2005-2015.
Struktur dan Fungsi Bahagian
Unit Teknologi Binaan
- Program Sistem Pembinaan Berindustri (IBS / MC)
- Modular Coordination - MC
- Penilaian dan Pendaftaran Bahan, Produk dan Teknologi
- MISB (Malaysia IBS Services Berhad)
Unit Standard dan Kualiti
- Program Penilaian Kualiti (QLASSIC)
- Program Pematuhan Kualiti Bahan Binaan (QUEST)
- Program Penstandardan Industri Pembinaan
Unit Inovasi Binaan
- Program Penyelidikan dan Pembangunan
- Program IT dalam Pembinaan
- Program Amalan Terbaik
- Program Usahasama Teknikal Antarabangsa
- Penyelarasan dan Pemantauan Program Bahagian
- CREAM
- CIDBEC
- Program Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (HSE) di Tapak Bina
- Mengenalpasti input-input luar yang melaksanaan amalan baik industri pembinaan dalam aspek HSE termasuk mengadakan lawatan untuk berkongsi pengetahuan
- Menggalakkan dan mempromosikan program "Sharing of Best Practices" dalam industri pembinaan yang berhubungan dengan HSE termasuk usaha-usaha penerbitan bagi penyebaran maklumat
Unit Penyelidikan dan Pembangunan (CREAM, Construction Research Institute of Malaysia)
|
| |
|