| |
Unit Pentadbiran dan Perolehan
Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia berperanan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti tenaga kerja CIDB menerusi pembangunan kapasiti dan kapabiliti dengan memberi penekanan ilmu pengetahuan, profesionalisma dan kemahiran. Misi utama bahagian ini
adalah untuk membangun dan menguruskan tenaga kerja CIDB yang berkualiti, produktif dan efisyen serta menyediakan prasarana yang sesuai
dan mencukupi untuk membantu perlaksanaan fungsi dan wawasan CIDB.
Bagi melaksanakan misi tersebut, beberapa strategi initiatif /program Bahagian telah diatur seperti berikut:-
- Memantapkan struktur organisasi CIDB yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan CIDB dan CIMP;
- Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan prasarana/kelengkapan yang sesuai untuk melicinkan perlaksanaan fungsi-fungsi CIDB;
- Menyelia dan menguruskan bekalan tenaga kerja yang berkelayakan dan mencukupi dengan keperluan CIDB dan CIMP;
- Memastikan tenaga kerja yang kompeten dan berdisiplin untuk melaksanakan tanggungjawab mengikut keperluan CIDB dan CIMP.
Struktur dan Fungsi Bahagian
Bagi melaksanakan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan, beberapa unit telah diujudkan seperti berikut:-
- A. Unit Pentadbiran dan Perolehan
- Mengkaji ,menguruskan operasi harian dan mentadbir ruang pejabat di ibu Pejabat dan pejabat CIDB Negeri;
- Mengkaji ,mengurus dan mentadbik keperluan peralatan dan kelengkapan di CIDB;
- Merancang dan melaksanakan proses perolehan secara berhemah;
- Mempertingkatkan keselamatan pejabat dan menguruskan penyelenggaraan aset mengikut peraturan yang telah ditetapkan;
- B. Unit Pengurusan Perkhidmatan dan Perjawatan
- Mengkaji struktur organisasi CIDB secara berkala untuk menentukan keberkesanan;
- Mengkaji dan menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan perjawatan dan gred-grednya;
- Urusan pengambilan dan perlantikan;
- Semua urusan perkhidmatan staf seperti pengesahan dalam jawatan, urusan saraan cuti pinjaman (perumahan/kenderaan/komputer) dan persaraan;
- Urusetia kepada Majlis Bersama Jabatan CIDB
- C. Unit Latihan dan Kompetensi
- Latihan wajib dalam perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan;
- Latihan teknikal untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang yang ditetapkan oleh CIDB;
- Latihan Pengurusan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan staf dan Pegawai CIDB;
- Latihan akademik peringkat Doktor Falsafah (PhD), Sarjana, Ijazah Pertama, Diploma dan Sijil;
- Latihan untuk peningkatan kemahiran kendiri staf;
- Penyediaan sukatan Peperiksaan, Pengesahan Jawatan dan peperiksaan PTK dan serta yang berkaitan dengannya (penggubalan soalan, peperiksaan dan penyediaan laporan untuk panel Peperiksaan dan Lembaga Kompetensi)
- D. Unit Kenaikan Pangkat dan Kaunseling
- Urusan succession plan termasuklah urusan kenaikan pangkat, pemangkuan dan penanggungan kerja;
- Urusan penghargaan kepada staf melalui Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC), Bintang dan Darjah Kebesaran dan lain-lain;
- Mengurus dan mengendalikan urusan kaunseling ke atas tenaga kerja CIDB Yang bermasalah;
- Mengurus dan mengendalikan tindakan tatatertib kepada tenaga kerja CIDB yang melanggar peraturan;
|
| |
|