Industri pembinaan Malaysia adalah merupakan salah satu sektor ekonomi yang memainkan peranan yang penting dalam agenda pembangunan negara. Selain daripada memberi sumbangan terus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pembangunan sektor-sektor ekonomi yang lain, industri ini juga turut memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan sumber manusia negara dengan menawarkan sumber pekerjaan kepada lebih daripada 780,000 orang pekerja secara purata pada setiap tahun.
Fungsi dan Struktur Bahagian
Bagi melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan bahagian Pembangunan Personel Binaan telah menstrukturkan Bahagian ini kepada empat unit berikut yang mana setiap unit adalah diketuai oleh seorang Pengurus Kanan :
Unit Pendaftaran Personel Binaan
Unit Pembangunan Latihan Kemahiran
Unit Latihan dan Akreditasi Personel Binaan
Unit Pengurusan Latihan Kemahiran