Organisation | Timeline | Facts | Press
 
Const. Personnel Const. Technology Const. Bussines Enforcement Human Resource Budget Internal Audit
 
Corporate
 
 

Corporate Development

Tahap pembangunan CIDB boleh dikategorikan kepada 3 tahap iaitu:-

Tahap 1 (1995 - 2000) yang merupakan tahun-tahun pengasasan CIDB yang melibatkan penyediaan asas infrastruktur, perancangan dan pelaksanaan program dan pengumpulan dana.

Tahap 2 ( 2001 - 2005) merupakan penumpuan CIDB kepada pembangunan infrastruktur dan prasarana program-program industri.

Tahap 3 (2006 - 2010) adalah merupakan pengukuhan kepada program-program utama menerusi peningkatan kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan. Tahap ketiga juga merupakan pelaksanaan program yang selari dengan CIMP.

Pada tahun 2005, CIDB telah berada di penghujung dekad pertama dan pada peringkat akhir pelaksanaan Tahap 2. Dalam usaha menjana industri serta pembangunan program, Unit Pembangunan dan Komunikasi Korporat telah bertindak sebagai penyalur maklumat serta pusat perhubungan di antara Bahagian dan industri. Sepanjang 10 tahun, beberapa usaha telah dilaksanakan dan tumpuan pada tahun 2005 adalah untuk memantapkan lagi perhubungan korporat dengan mengambilkira aspek Tadbir Urus Korporat.

Unit Structure and Function

Dalam melaksanakan program tersebut, Unit Pembangunan & Komunikasi Korporat melaksanakan fungsi-fungsi berikut:-
  • A. Dasar dan Korporat
    • Melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan dasar dan polisi korporat;
    • Menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan Anggota Pengarah;
    • Melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan Parlimen, kementerian, agensi dan pihak industri;
    • Pengurusan perhubungan antara Bahagian dan Wilayah;
  • B. Promosi
    • Menjalankan urusan promosi dan pemasaran berkaitan dengan Lembaga dan program;
    • Urusan perkhidmatan pelanggan ;
    • Menguruskan pusat sumber CIDB;
  • C. Perundangan
    • Menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perundangan;
    • Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan aspek perundangan;
    • Melaksanakan pemantauan pematuhan Akta;
  • D. Pengurusan Projek dan Aset
    • Menguruskan pelaksanaan pembangunan fizikal projek-projek CIDB;
    • Menguruskan pemantauan penyeliaan aset-aset CIDB;