| |
Pembangunan Bisnes Binaan
Objektif utama pelaksanaan program pembangunan bisnes binaan adalah untuk mempertingkat dan memperkasakan kapasiti, kapabiliti dan dayasaing kontraktor pembinaan dengan pengwujudan persekitaran bisnes binaan yang kondusif bagi membolehkan pemain-pemain industri pembinaan mampu bersaing dan kompetitif di pasaran tempatan dan antarabangsa. Berdasarkan objektif tersebut, Bahagian Pembangunan Bisnes Binaan yang berperanan melaksanakan program tersebut telah menetapkan 6 objektif utama Bahagian iaitu:
Pengurusan Strategik Bahagian Pembangunan Bisnes Binaan 2006 -2008
Misi
Untuk menyediakan industri pembinaan dengan kontraktor yang berdaya saing dan memajukan sistem penyampaian pelaksanaan projek.
Kenyataan Misi
Membina dan meningkatkan kapasiti dan kapabiliti kontraktor tempatan dan menambahbaik persekitaran bisnes dalam proses rantaian nilai utama pembinaan.
Visi
Menjadikan Bahagian Pembangunan Bisnes sebagai peneraju dalam memperkasakan kontraktor tempatan dan pemangkin kepada penambahbaikan persekitaran bisnes pembinaan.
Objektif
- 1. Untuk meningkatkan kapasiti dan kapabiliti kontraktor dengan penekanan kepada kualiti, produktiviti, profesionalisme dan 'efficiency'
- 2. Untuk memajukan sistem penyampaian pelaksanaan projek melalui peningkatan kecekapan dalam proses rantaian nilai utama pembinaan.
- 3. Untuk menyediakan maklumat industri yang tepat, terkini dan berguna kepada kontraktor
Fungsi dan Struktur Bahagian
Di dalam menjalankan fungsi dan program pembangunan bisnes, Bahagian Pembangunan Bisnes Binaan terbahagi kepada 4 unit iaitu :
Unit Ekonomi
- Menjalankan penyelidikan dan kajian ekonomi berkaitan dengan sector pembinaan bagi menyediakan maklimat berpengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh agensi kerejaan dan pelbagai lapisan komuniti.
- Menerbitkan laporan tahunan mengenai prestasi, kualiti dan prospek sector pembinaan.
- Mengusahakan pemgumpul dan menyebarkan maklumat ekonomi binaan
- Membangunan petunjuk itama prestasi (KPI) seperti indeks pengeluaran pembinaan Malaysia (IPPM), keluk-s industri pembinaan, angkatap pengginaan bahan binaan, indeks permintaan kerja pembinaan dan petunjuk prestasi sektor pembinaan.
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan dalam aspek ekonomi berhubung sektor pembinaan.
Unit Sumber dan Statistik
- Memberi khidmat nasihat dalam penggubalan dasar mengenai sumber-sumber pembinaan.
- Mewujudkan dan menyelengara suatu daftar rujukan pembekal, pembuat bahan dan loji pemberi perkhidmatan dalam industri pembinaan.
- Melaksanakan perkhidmatan market intelligence bagi mengenalpasti keperluan bahan-bahan binaan dan pelaburan dalam industri pembuatan dan perkhidmatan yang bersabit dengan industri pembinaan.
- Menjalankan penilaian pasaran (market appraisal) ke atas sumber-sumber pembinaan.
- Mewujudkan, merancang, melaksanakan dan menyelenggara suatu pusat bagi pembekal dan pembuat bahan binaan dan loji, perunding dan kontraktor tempatan dan antarabangsa mempamerkan bahan keluaran, kepakaran dan perkhidmatan mereka.
- Meningkatkan kecekapan industri pembinaan dengan menggalakkan penggunaan prosidur terbaik (best practice) dalam sistem penyampaian projek (industry delivery system)
- Membangun dan menyediakan pelbagai indeks petunjuk sumber-sumber penting dalam industri pembinaan.
- Mengadakan maklumat mutakhir bagi harga dan kos purata bahan-bahan binaan, kadar sewa loji binaan dan kadar upah pekerja binaan.
Unit Pembangunan Kontraktor
- Menggubal dasar berkaitan pembangunan kapasiti kontraktor tempatan dalam meningkatkan dayasaing di pasaran tempatan dan antarabangsa
- Mengenalpasti, membangun dan melaksanakan progam bagi meningkatkan kapasiti dan kapabiliti kontraktor tempatan
- Menyelaras program latihan usahawan yang melibatkan kontraktor yang dianjurkan oleh kemeneterian dan agensi Kerajaan lain atau pihak swasta
- Mewujud dan meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dalam latihan pembangunan kapasiti syarikat kecil dan sederhana (SME)
- Membangunkan kepakaran kontraktor kecil melalui program- program yang bersesuaian supaya menjadi lebih kompetitif di pasaran tempatan
- Mengenalpasti, membangun dan melaksanakan program bagi meningkatkan integriti di kalangan kontraktor tempatan
- Merancang dam mewujudkan satu sistem pemantauan prestasi Kontraktor bagi menentukan tahap keupayaan mereka pada setiap masa
- Merancang dan mewujudkan pangkalan data kontraktor pakar bagi gunasama ClDB dan pihak luar
- Menyediakan khidmat nasihat dalam aspek pembangunan kontraktor
|
| |
|