| |
Objektif
- Mengkaji dan meneliti kesempurnaan sistem, amalan, pemakaian dan penggunaan prinsip perakaunan dan kawalan dalaman yang berkesan serta pada kos yang munasabah;
- Menentukan tatacara pengurusan dan sistem kawalan dalaman kewangan dan operasi iaitu termasuk kawalan kewangan dalam pungutan hasil dan perbelanjaan adalah wujud lagi berkesan serta menuruti undang-undang, peraturan, dasar, polisi dan prosedur yang ditetapkan;
- Menentukan pengurusan aset Lembaga dari segi perolehan, penyelenggaraan dan pelupusan dibuat dengan cekap, berekonomi dan mematuhi peraturan, prosedur-prosedur dan garis panduan yang ditetapkan;
- Menentukan akaun-akaun dan rekod-rekod kewangan dan sistem maklumat diselenggarakan dengan lengkap, kemaskini dan boleh dipercayai;
- Memastikan aktiviti-aktiviti/projek-projek dan program-program Lembaga terutamanya dari aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan telah dilaksanakan dengan cekap, berhemah dan mencapai matlamat yang ditetapkan; dan
- Mengenal pasti masalah serta kelemahan dan mengesyorkan langkah-langkah mengatasinya.
|
| |
|