Pengenalan
Unit Audit Dalam telah ditubuhkan pada tahun 2000. Unit ini bertindak menjalankan pemeriksaan audit dan penilaian bebas terhadap sistem pengurusan kewangan, aktiviti-aktiviti atau program dan operasi Lembaga. Unit ini akan melapor dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Eksekutif dan Jawatankuasa Audit.
Bagi tujuan meningkatkan akauntabiliti Lembaga, Jawatankuasa Audit telah ditubuhkan pada 30 Mei 2000 seperti diputuskan dalam Mesyuarat Anggota Lembaga. Fungsi Jawatankuasa Audit di antara lain termasuklah mengkaji rancangan aktiviti Audit Dalam serta laporan Audit Dalam dan luar. Selain itu ianya juga memperakukan tindakan-tindakan susulan yang perlu kepada Anggota Lembaga.
Misi
Misi Unit Audit Dalam adalah untuk membantu pihak pengurusan Lembaga meningkatkan akauntabiliti serta kawalan pengurusan yang melibatkan kewangan, organisasi, operasi serta pematuhan undang-undang dan peraturan melalui penyemakan dan penilaian keberkesanan kawalan kewangan dan pengurusan serta mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan dan pembetulan jika perlu.
Moto
ADIL dalam penilaian dan syor bagi membina kesepakatan kearah mempertingakatkan tahap kecekapan, keberkesanan aktiviti dan operasi organisasi;
TEGAS dalam mempertahankan prinsip, peraturan, undang-undang dan apa jua ketetapan Lembaga bagi menjamin kecemerlangan pengurusan sumber manusia, kewangan, asset dan perjalanan operasi organisasi;
PROFESIONALISMA dalam memastikan tahap profesionalisma yang tinggi dalam pelaksanaan audit dengan memberi penekanan kepada disiplin kakitangan dan kualiti kerja;
KEBEBASAN dalam melaksanakan tugas tanpa kekangan supaya dapat melapor dan memberi pendapat dengan bebas selaras dengan keperluan Akta Audit 1957;
KUALITI dalam memastikan kualiti yang tinggi dalam pelaksanaan tugas dengan menekankan kepada budaya kerja yang baik dan pembangunan profesional yang berterusan;
INTEGRITI dalam mematuhi kod etika professional dalam melaksana dan melaporkan penemuan audit; dan
ESPRIT DE CORPS dalam menekankan kepentingan kerja berpasukan dengan kewujudan persekitaran kerja yang produktif yang menekankan kepada semangat esprit de corps dan berinovasi. |