| 1. |
Untuk mengintegrasikan nilai rantai industri pembinaan dan seterusnya menambahkan produktiviti dan Kecekapan. |
| 2. |
Memperbaiki dan mengukuhkan imej industri pembinaan. |
| 3. |
a) Berusaha untuk mencapai kualiti piawaian dan amalan praktik terbaik. |
| |
b) Berusaha untuk mencapai tahap amalan keselamatan pekerjaan dan kesihatan terbaik. |
| |
c) Berusaha untuk mencapai tahap amalan Kualiti persekitaran terbaik. |
| 4. |
a) Membangunkan kemampuan sumber manusia di bidang industri pembinaan. |
| |
b) Membangunkan tahap kebolehan sumber manusia di bidang industri pembinaan. |
| 5. |
Mendayausahakan dan menyenggara sistem maklumat industri pembinaan. |
| 6. |
Mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaras program latihan pembinaan awam dan persendirian bagi perkerja-pekerja binaan dan penyelia-penyelia tapak binaan. |
| 7. |
Mengakreditasi dan mendaftar kontraktor-kontraktor dan membatal, menggantung atau memasukkan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar. |
| 8. |
Mengakreditasi dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak. |