 |
| Ringkasan Tentang Fungsi CIDB |
|
|
| |
 |
Fungsi Kami
- Memajukan dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan;
- Menasihati dan membuat syor-syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan;
- Memajukan, menggalakkan dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan industri pembinaan;
- Memajukan, menggalakan dan membantu eksport perkhidmatan
berhubung dengan industri pembinaan;
- Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan;
- Memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan;
- Menggiatkan penstandardan dan pembaikan teknik pembinaan dan bahan binaan;
- Mendayausahakan dan menyenggara sistem
maklumat industri pembinaan;
- Mengadakan, memajukan, mengkaji semula
dan menyelaras program latihan yang dianjurkan oleh
pusat latihan pembinaan awam dan persendirian bagi
pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia-penyelia
tapak binaan;
- Meakreditasi dan mendaftar kontraktor-kontraktor
dan untuk membatalkan, menggantung atau memasukkan semula
pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar; dan
- Meakreditasi dan memperakui pekerja-pekerja
binaan mahir dan penyelia-penyelia tapak binaan.
|
|
| |
| |
|