Organisasi | Garis Waktu | Fakta | Media
 
Koleksi Petikan Akhbar
 
 

Pengkelasan Status Kontraktor Tempatan


Bermula pada 1 hb Januari 2006 Pihak Lembaga akan mengkelaskan semua kontraktor berdaftar dengan memberikan status berdasarkan kepada keaktifan bisnes pengkontraktoran masing-masing.

Sehubungan dengan itu, Pihak Lembaga telah pun mengeluarkan Pekeliling Bil 1/2005 pada 25 Julai 2005 bagi memaklumkan kepada semua kontraktor berdaftar tujuan pengkelasan kontraktor kepada status tertentu.

Bersama-sama dengan Pekeliling tersebut, Notis N4/2005 telah dikepilkan yang mengkehendaki semua kontraktor berdaftar supaya membuat perakuan tentang projek yang dianugerahkan atau tender yang disertai sepanjang tempoh 1 Jun 2002 hingga 31 Mei 2005.

Notis tersebut mestilah dikembalikan pada atau sebelum 31 Oktober 2005. Bagi kontraktor yang gagal untuk mengembalikan Notis N4/2005 dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Lembaga akan memberikan status kepada kontraktor terbabit berdasarkan maklumat yang terdapat didalam sistem Lembaga.

Mengikut proses pengkelasan, kontraktor akan dikelaskan kepada 3 status iaitu :

  • Aktif – Kontraktor tempatan yang dianugerahkan projek semasa perakuan ini dikeluarkan. Kontraktor ini adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam pembinaan.
  • Tidak Aktif – Kontraktor yang tidak dianugerahkan projek tetapi menyertai tender semasa perakuan ini dikeluarkan.
  • Dorman – Kontraktor tidak dianugerahkan projek dan tidak menyertai tender semasa perakuan ini dikeluarkan.

Sekiranya kontraktor masih gagal untuk mengembalikan Notis N4/2005 pada atau sebelum 2 Januari 2006, permohonan untuk memperbaharui pendaftaran yang dikemukakan oleh kontraktor tidak akan diproses sehinggalah kontraktor terbabit mengemukakan Notis N4/2005 berserta dengan bukti-bukti penganugerahan projek atau penyertaan tender. Klik disini untuk mendapatkan Notis N4/2005.

Kontraktor/Klien/Agensi Pelaksana/Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain pihak boleh mendapatkan status kontraktor melalui laman web Lembaga mulai 2 Januari 2006. Pengkelasan status kontraktor tempatan adalah bertujuan untuk mengetahui keaktifan bisnes seseorang kontraktor itu sahaja dan tidak merupakan indeks prestasi atau keupayaan mereka.

Sila rujuk Surat Pekeliling CIDB 2005-1 Tatacara Pengstrukturan Kontraktor Tempatan (Status)