Organisasi | Garis Waktu | Fakta | Media
 
Koleksi Petikan Akhbar
 
 

Malaysian Construction Industry Excellence Awarad (MCIEA) 2008


Jemputan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, sebuah badan berkanun di
bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia mempelawa penyertaan daripada industri untuk merebut Anugerah-anugerah berprestij ini sebagai usaha mengiktiraf pencapaian anda dalam industri.

Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) bertujuan untuk menjadi sebuah wadah bertaraf perdana yang memberi penghargaan terhadap kecemerlangan yang menyeluruh kepada para pemenangnya.

Pada tahun ini, Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia 2008 (MCIEA 2008) akan sekali lagi disampaikan untuk kategori-kategori berikut:

  1. Anugerah Kontraktor
  2. Anugerah Khas
  3. Anugerah Projek R & D
  4. Anugerah Pencapaian Antarabangsa
  5. Anugerah Individu
  6. Anugerah Kontraktor Terbaik

Objektif

  • Mengiktiraf individu atau/dan organisasi yang telah menampilkan kecemerlangan di dalam peningkatan imej, pelaksanaan dan penambahbaikan bagi industri pembinaan.
  • Menyediakan landasan bagi persaingan yang sihat di antara penggiat-penggiat industri di dalam pencarian kecemerlangan melalui penampilan amalan-amalan yang terbaik di dalam pelaksanaan projek.

Penyertaan / pertanyaan hendaklah dihantar / ditujukan kepada:

Secretariat of MCIEA 2008
CIDB Malaysia
Level 8, Corporate Division
Grand Seasons Avenue,
72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur.

Contact Person:
Suhana: +603-2617 0207
Norharlinda: +603-2617 0204
Email: mciea08@cidb.gov.my

Klik disini untuk mendapatkan risalah lengkap MCIEA 2008 dan borang penyertaan (Anugerah Kontraktor, Anugerah Pencapaian Antarabangsa, Anugerah Projek R&D, Anugerah Khas)

Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2008

-->Senarai Pemenang Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia 2007 (MCIEA 2007)