Sila KLIK di sini..

Pusat Kos Pembinaan Kebangsaan atau N3C adalah satu inisiatif utama yang dilaksanakan oleh CIDB untuk memenuhi salah satu fungsi CIDB di bawah Bahagian II, Seksyen 4 (1) (e) dan (h) Akta 520 iaitu "untuk menyediakan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan" dan "untuk memulakan dan menyenggara sistem maklumat industri pembinaan".
 

Objektif utama N3C adalah untuk menyediakan maklumat kos pembinaan berkaitan perkara berikut: -

1. Harga bahan binaan, kadar upah buruh, kadar sewa jentera & harga belian peralatan

2. Indeks kos berkaitan dengan bahan binaan, buruh, jentera & kelengkapan

3. Indeks kos pembinaan bagi kategori bangunan utama.

4. Produktiviti buruh pembinaan berkaitan bidang terpilih dalam kerja pembinaan termasuk kadar unit buruh (pengumpulan data kos adalah di bawah pembangunan).

 
 

Maklumat kos yang kini boleh didapati di laman web ini myn3c.cidb.gov.my