Items filtered by date: Wednesday, 15 February 2017

Kategori Baru: FASILITI (F)

 

KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI,

 

Bermula pada 15 Feb 2017, CIDB telah mewujukan satu kategori / pendaftaran baru bagi aktiviti perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan / infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pengguna. Kategori / pendaftaran baru tersebut adalah ‘Pendaftaran Kontraktor Fasiliti’ dan akan didaftarkan dibawah kategori Fasiliti (F).

 

Terdapat 2 pecahan pengkhususan dari kategori F tersebut iaitu:

KATEGORI

PENGKHUSUSAN

F

Fasiliti

 

F01

Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am

(Aktiviti Pengurusan Fasiliti dan penyenggaraan Bangunan/infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan dan perkhidmatan yangs berkaitan dengan keperluan pengguna)

 

F02

Fasilti Bangunan Penjagaan Kesihatan

(Aktiviti Pengurusan Fasiliti dan penyenggaraan Bangunan/infrastruktur secara bersepadu yang meliputi perkhidmatan kejuruteraan biomedical dan perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pengguna)

 

Permohonan hanya boleh dibuat dengan cara menyerahkan borang permohonan yang lengkap ke kaunter CIDB Negeri / Cawangan (tiada perkhidmatan atas talian disediakan bagi permohonan ini) . Pendaftaran baru bagi kategori ini akan diluluskan bagi tempoh 2 tahun sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.Berikut adalah syarat serta tatacara untuk permohonan tambah kategori bagi kontraktor sediaada dan permohonan baru bagi kategori tersebut:

 

Ø   Syarat Permohonan (sila klik disini…)

 

Ø   Tatacara permohonan (sila Klik disini…)

 

Ø   Semakan Keputusan

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di ‘smb.cidb.gov.my’ atau melalui aplikasi CIDB APPS selepas 10 hari bekerja.

 

Ø   Pengambilan Sijil

Pengambilan sijil pendaftaran dari kaunter CIDB, boleh dibuat oleh Pengarah/ Pemilik Syarikat, atau Penama dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)