PROGRAM PENILAIAN KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN KONTRAKTOR (SCORE - CIDB)

KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI,

 

Lembaga telah menetapkan pengenaan yuran memproses SCORE dan markah minima bagi penarafan 4 dan 5 bintang.

 

a)          YURAN PEMPROSESAN

Berkuatkuasa mulai 01 Februari 2017, yuran bagi memproses permohonan SCORE adalah seperti dalam  jadual di bawah:-

Program

Jenis Permohonan

Yuran Proses (RM)

Catatan

SCORE

Baru/Pembaharuan

50.00

1. Kontraktor Gred

   G1 hingga G7 

 

2. Kontraktor Asing

 

Rayuan

200.00

Resit bayaran hendaklah dikemukakan bersama dokumen sokongan dan dihantar ke pejabat CIDB negeri di mana syarikat beroperasi.

 

b)          MARKAH MINIMA

Markah Minima Bagi Melayakkan Mendapatkan Penarafan 5 Bintang

Bagi memperolehi penarafan 5 bintang, syarikat hendaklah memenuhi syarat berikut:-

§  Pencapaian peratus keseluruhan hendaklah di antara 85%-100%.

§  Pencapaian markah bagi setiap parameter sekurang-kurangnya 15 markah.

 Jika syarikat mendapat peratus keseluruhan melepasi 85% tetapi markah salah satu dari 7 parameter tersebut kurang daripada 15 markah maka syarikat akan diberi penarafan 4 bintang.

 

Markah Minima Bagi Melayakkan Mendapatkan Penarafan 4 Bintang

Bagi memperolehi penarafan 4 bintang, syarikat hendaklah memenuhi syarat berikut:-

§  Pencapaian peratus keseluruhan hendaklah di antara 71%-84%.

§  Pencapaian markah bagi setiap parameter sekurang-kurangnya 10 markah.

 

Jika syarikat mendapat peratus keseluruhan melepasi 71% tetapi markah salah satu dari 7 parameter tersebut  kurang daripada 10 markah maka syarikat akan diberi penarafan 3 bintang.

 

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi En.Saini Saidi 03-4047 7412 | Cik Noorul Faizura 03-4047 7413 | Pn. Wan Nor Hazwani 03-4047 7419

 

Last modified on Monday, 13 February 2017 09:04