PEMAKLUMAN PENTING URUSAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR

(Kod Baru: B29 Kerja Bangunan Kesihatan)

KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI,

Bermula daripada 17/10/2016, CIDB telah menambah kod dan pengkhususan dalam kerja bangunan iaitu kod B29 pengkhususan ialah Kerja Bangunan Kesihatan. Sila ambil maklum tentang tatacara untuk penambahan kod dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor  seperti berikut:

 

Borang Permohonan

•Mengisi borang permohonan pendaftaran kontraktor (SSPK/1RoC). Borang ini hanya boleh diisi oleh Pengarah/Pemilik syarikat sahaja.

 

Permohonan melalui Kaunter CIDB:

•Pemohon hendaklah memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan ditandatangani. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan ditolak.

•Dokumen yang diperlukan bagi menambah kod B29 ialah bukti syarikat telah menyiapkan projek kerja-kerja bangunan Hospital, klinik kesihatan dan seumpamanya. Dokumen ini  HENDAKLAH dikemukakan bersama permohonan.

•Membayar fee proses sebanyak RM30.00 semasa permohonan dan jika diluluskan oleh CIDB, syarikat perlu membayar fee pendaftaran bagi mencetak sijil yang baru sebanyak RM100.00.

 

Semakan Keputusan:

•Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di ‘www.cidb.gov.my’ atau melalui aplikasi CIDB APPS selepas 10 hari bekerja. 

 

Pengambilan Sijil:

•Pengambilan sijil pendaftaran dari kaunter CIDB, boleh dibuat oleh Pengarah/ Pemilik Syarikat, atau Penama dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).

Last modified on Thursday, 02 February 2017 01:05