Skip to main content
search

Program Untuk Industri

Bahan Binaan

Bahan Binaan Mengikut Akta 520Produk TempatanProduk Import

Program Untuk Industri

STAMP
Standard And Material Portal CIDB
Bahan Binaan Import
e-Permit
Bahan Binaan Tempatan
CCPM

Bahan Binaan Mengikut Akta 520

Perkara kedua yang yang ditekankan di dalam pindaan Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah pematuhan terhadap standard bahan binaan yang telah ditetapkan. Salah satu peruntukan dalam pindaan itu adalah bahan binaan mesti mematuhi piawaian mandatori tertentu. Objektifnya adalah untuk memastikan pematuhan kepada Standard Malaysia dan untuk mengelakkan penggunaan produk yang tidak berkualiti. Bagaimanapun, tidak semua bahan binaan jatuh di bawah penguatkuasaan. Ini menjadikan CIDB salah satu agensi kerajaan yang memantau dan menguatkuasakan bahan-bahan binaan yang berada di pasaran.

Terdapat dasar-dasar (pekeliling dan arahan) bahawa pemain industri perlu sedar serta panduan, direktori dan penerbitan yang akan membantu dalam perancangan pelaksanaannya dari perancangan hingga pelaksanaan.

Pematuhan standard juga dapat mengurangkan lambakan bahan binaan yang tidak berkualiti di Malaysia. Tanpa kawalan melalui perundangan tempatan (domestic laws), negara-negara pengeluar boleh melambakkan bahan-bahan binaan mereka yang berharga murah dan berkualiti rendah di Malaysia. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang anti-lambakan tetapi tiada kerangka perundangan (legal framework) untuk mengawal standard dan memantau mutu bahan binaan.

Pada masa kini, Kastam DiRaja Malaysia melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998 di bawah Akta Kastam 1967 telah melarang import bahan binaan yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan oleh CIDB. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak terpakai bagi bahan binaan keluaran tempatan. Ekoran daripada dua standard yang berbeza ini, pindaan ini penting untuk mengelakkan Malaysia daripada melanggar perjanjian World Trade Organization (WTO) kerana memberikan layanan yang berbeza terhadap barangan import dan tempatan.

Kesemua bahan binaan yang kualitinya di kawal selia di bawah Pindaan Akta 520 adalah disenarai di dalam Jadual Keempat. Sesiapa yang didapati menggunakan bahan binaan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat tanpa pemerakuan kualiti daripada CIDB, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM500,000.

Produk Tempatan

Pendaftaran Bahan & Produk Binaan Dan Pengeluar

Seminar Slaid Bahan Binaan-16 Dis 2015

Penandaan Deformed Bar Mengikut MS 146:2014

Kawal Selia Scaffolding Kepada Standard wajib dalam Industri Pembinaan

Buku Daftar Bahan Binaan Yang Diperakukan CIDB

Produk Import

Pengumuman Bahan Import

  1. Mengikut prosedur dan syarat–syarat pengeluaran Certificate of Approval (COA), di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Impot), mana-mana produk/ bahan binaan yang ingin dibawa masuk ke negara ini perlu memperolehi Product Certification atau lulus Full Type Test Report (FTTR) dari negara pengeluar SEBELUM DIHANTAR KE NEGARA INI.
  2. Berkuatkuasa 30 April 2014 (Tarikh Bill of Lading) mana-mana produk yang telah sampai di pintu masuk negara tanpa mempunyai salah satu dari dokumen diatas, maka permohonan CoA tidak akan diproses oleh CIDB. Pengimpot perlu menanggung sebarang implikasi yang timbul ekoran pelanggaran syarat tersebut.
  3. Walaubagaimanapun, berdasarkan dasar sedia ada yang ditetapkan oleh MITI, produk-produk dibawah diberi kelonggaran di mana produk boleh menjalani ujian apabila telah sampai ke Negara ini:
    • Besi & Keluli (di bawah 250 mt)
    • Float Glass, Fiber Cement Flat Sheet, Insulation Material dan Radient Barrier (dari tempoh 31 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014 sahaja).
  4. Bermula pada 01 Januari 2015 produk berikut adalah dikuatkuasa memerlukan COA dibawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).
    • Produk kaca Low-E memerlukan pematuhan standard EN 1096 Pt 4 bagi produk Hardcoat
    • Produk kaca Low-E softcoat memerlukan pemantuhan standard MS 1135/ MS 2397/MS 1498
  5. Berkuatkuasa 1 Julai 2015, semua produk aluminium Composite Panel for exterior and interior Wall hendaklah mematuhi Standard MS 2571:2014
  6. Berkuatkuasa 1 Oktober 2015, bagi produk “fire clay” hendaklah mematuhi Standard MS 2578: 2014. Selepas ini tiada pengecualian akan diberikan.
  7. Warta Terkini Berkuatkuasa 1 Julai 2014 – Aloy and Steel (Jadual Ke-4 Perintah Kastam – Larangan Mengenai Import) – PUA 172-2014 – Setiap permohonan “3rd Party Lab”, badan pemeriksaan WAJIB dilampirkan “MILL CERTIFICATE” bagi produk Besi dan Keluli.
  8. Penguatkuasaan produk-produk di bawah Perintah Kastam (larangan mengenai import) Warta PU () 341/2013 diwartakan pada 19 November 2013 dan dikuatkuasakan pada 31 Januari 2014.
    • Float Glass
    • Insulation Materials
    • Radiant Barrier
    • Fibre Cement Flat Sheet
  9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah memutuskan berkuatkuasa 31 Januari 2014, produk-produk di atas mesti memperoleh Certificate Of Approval (COA) Dari CIDB sebagai syarat kemasukan ke dalam negara ini. Menurut arahan MITI dari 31 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014, COA boleh dikeluarkan berdasarkan “Procedure 2 Months For New Gazzeted Products” seperti di (Lampiran 1). Bermula 1 April 2014, COA akan dikeluarkan berdasarkan prosidur permohonan sedia ada (rujuk prosidur permohonan COA di laman web CIDB). Semua pengimport bahan-bahan berkaitan adalah diminta untuk mematuhi arahan ini.

Permohonan Sijil Kelulusan (COA)

Program ini adalah sebahagian daripada Perintah Akta Kastam (Larangan Mengenai Import) 1988 Pindaan 2003/2004 untuk memastikan kualiti produk pembinaan yang diimport. Bahan-bahan pembinaan yang disenaraikan dalam Akta Kastam mesti mempunyai Sijil Kelulusan (COA) daripada CIDB sebelum bahan-bahan yang boleh diimport ke dalam Malaysia. Keperluan untuk memperoleh COA adalah berdasarkan fasa keperluan Standard Malaysia (MS).

Untuk maklumat lanjut, layari pautan-pautan web berikut:

Bahan-bahan pembinaan berikut perlu disahkan dengan COA oleh CIDB:

NO PRODUK DAN BAHAN STANDARD KOD HS
 1 Ceramic Products

Ceramic Tile

Ceramic Pipe and Pipe Fittings

 

MS ISO 13006

MS 1061, PART 1:1999

 

6907.10 100, 6907.90 100

6906.00 000

 2 Sanitarywares MS 147/ MS 1522/ MS 795 6010.10 900, 6010.10 200,
3922.90 110
 3 Iron and Steel Products  

 

 

 

 

 

4 *Flat fibre casting sheets, not containing asbestos
Roofing material, surface, lock flooring and tile partition wall containing plastic ceiling & others
 

MS 1296

 

6811.82 100
6811.82 200
6811.82 900

 

5 Cement
a)Portland cement
i.White Portland cement, various type
ii. Other Portland cement
b)Hydraulic cementi.Aluminate cement
ii. Other hydraulic cement
 

MS 898
MS EN197

 

2523.21 000
2523.29 100. 2523.29 900.
2523.30 000

2523.90 000
2523.90 000

6 *Insulation materials

Glass wool, rock wool & mineral wool
Fibreglass

 

MS 1020
MS 1020

 

 

6806.10 000
7019.90 100

7 Radiant barrier (thermal foil insulation)  MS 2095  7607.20 100
8 *Float glass

Clear glass
Dark glass
Mirror glass
Wired glass

 

MS 1135
MS 1135
MS 2397
MS 1498

 

7005.29 900
7005.21 900
7005.10 900
7005.30 000

9 Alumininum
Aluminium slab, sheet and strip, and others(example: aluminium composite)
Aluminium foil width 0.2mm and below
 

MS 2040: 2007

 

MS 1848 : 2005

 

7606.11 000, 7606.12 000,

7606.91 000, 7606.92 000

7607.11 000

7607.19 000

Program Untuk Industri

mceia 1

This will close in 20 seconds